Lawatan kerja Sabah,Sarawak perlu dilaksana berterusan
-Tambahbaik sumber manusia JKM
KOTA KINABALU: Lawatan penandaarasan perlu dilaksanakan secara berterusan dalam usaha menambah baik urus tadbir sumber manusia antara Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah dan Sarawak.
Urusetia Majlis Bersama Jabatan (MBJ) JKM Sarawak Mohamad Hazrie Siri berkata, usaha itu akan mencapai objektif yang ditetapkan sekiranya ada kerjasama utuh antara dua belah pihak.
" Sebagai salah satu negeri jiran kepada Sarawak, pihak kami sentiasa merasakan lawatan penandaarasan atau belajar seperti ini sepatutnya selalu diadakan.
" Ini kerana kami merasakan, hubungan yang erat dan rapat bukan sahaja sebagai jiran dan rakan negeri terdekat, malah jumlah penjawat awam juga hampir sama.
"Melalui libat urus seperti ini, kami boleh belajar sesuatu dalam mengurus penjawat awam dan projek- projek melibatkan sumber manusia," katanya.
HAZRIE (duduk, tengah) merakam gambar kenangan bersama ahli rombongan yang lain pada majlis itu. Turut kelihatan Asril (duduk,empat kiri).
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Jabatan Ketua Menteri Sarawak bersama Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) di Pulau Manukan, di sini baru- baru ini.
Selain itu, Hazrie berkata, pelbagai impak positif diperoleh melalui gerak kerja itu, khususnya dalam mengetahui program atau visi JPANS bagi menambah idea, sekaligus mempraktikkan mekanisma sama mengikut acuan sendiri.
Katanya, lawatan JPANS ke Unit Sumber Manusia Negeri (USMN) pada Ogos lepas pula secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada semua penjawat awam di negeri ini.
" Penerapan input berkaitan "Wellbeig" dan program Intervensi (Kaunseling dan lain- lain) yang dikongsi diadaptasi di Sabah dan berupaya memenuhi visi Pengarah JPANS dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
"Secara jujurnya, lawatan ini mendapat maklum balas yang cukup baik oleh peserta dan lebih memberangsangkan lagi layan yang mesra dan input yang sangat berguna mengenai pengurusan MBJ," katanya.
Sehubungan itu, beliau merasakan hubungan erat antara dua negeri borneo ini perlu menjadi salah satu agenda semasa dalam memulakan apa sahaja perancangan sama ada berkaitan lawatan, libat urus atau program bersama.
Katanya, ia akan membangkitkan semangat setiakawan antara negeri, bukan sahaja di peringkat politik, pentadbiran, malah dari sudut yang lebih kecil.
" Justeru, kami kami tidak menolak sebarang kemungkinan sekiranya ada projek kolaborasi antara dua pihak.
"Walau bagaimanapun, perbincangan lanjut mengenai perkara ini dan projek yang akan dirancang perlu diambil perhatian secara lebih mendalam terlebih dahulu," katanya.
Terdahulu, sebanyak dua rombongan dari JKM Sarawak terdiri daripada 28 orang kakitangan pelbagai gred menyertai lawatan itu sambil membawa agenda dan topik berbeza untuk dikongsi bersama.
Majlis yang berlangsung selama sehari itu pula dikendalikan oleh lapan Pegawai JPANS bersama empat Pegawai Skim Sangkutan dan Latihan (SSL).
Antara taklimat yang dikongsi berkaitan topik pengenalan Taman-Taman Sabah, Pelaksana Sistem e-MBJ dan Pengurusan MBJ, Pengurusan Sumber Manusia Masa Depan, beserta tayangan video Taklimat JPANS : We Care 4 U, dan video taklimat Biasiswa dan Latihan Dalam Perkhidmatan.
Turut hadir pada program itu ialah Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan, JPANS Mohd Asril Sharil.
HAZRIE (kanan) menyampaikan cenderakenangan kepada Asril (kiri).

Reviewed by Paparazzi
on
October 05, 2019
Rating: