SASSH adakan program jelajah Hari Aids Sedunia 2019
MUHD YAZID (tiga, kiri), Gary (tiga, kanan) dan beberapa pekerja The Body Shop Sabah merakam gambar kenangan. |
KOTA KINABALU: Sabah Aids Services and Humanitarian (SASSH) mengadakan program jelajah sempena sambutan Hari Aids Sedunia di lima buah pusat membeli belah bagi tahun ini, bermula Jumaat lepas.
Program ini akan bermula di pusat beli belah 1Borneo Hypermall pada 8 hingga 10 November, seterusnya di Suria Sabah (15 - 17 Nov) - Imago (22 - 24 Nov), Centre Point Sabah (29 Nov - 1 Dis), dan City Mall Sabah (6 - 8 Dis).
Pengerusi Persatuan SASSH Muhammad Yazid bin Mat Daud berkata, program ini dianjurkan sebagai medium kepada masyarakat Sabah khususnya di Kota Kinabalu untuk memperkenalkan NGO SASSH dan juga menyalurkan informasi mengenai HIV dan STD.
Katanya, program ini juga bertujuan untuk mengutip sumbangan orang ramai untuk menjayakan program SASSH di masa akan datang.
“Justeru, Saya berharap program ini mampu memberikan nilai tambah dan membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyampaikan maklumat tentang HIV dan STD kepada masyarakat setempat.” Katanya pada sidang media Program Jelajah SASSH: Hari Aids Sedunia 219, dekat sini.
Sementara itu, Pengurus The Body Shop Sabah Gary Siaw menjelaskan bahawa The Body Shop Malaysia sangat komited dalam usaha membantu SASSH menjayakan program jelajah kali ini dengan menyediakan lokasi jelajah serta memberi khidmat nasihat.
Selain itu pihaknya turut memberikan kerjasama dengan mempromosikan barangan jualan amal sepanjang jelajah berkenaan.
“Kami berkempen dengan penuh semangat berkaitan dengan isu-isu yang dekat dengan hati kami kerana 'aktivesme' ada dalam darah kami ,” katanya.
Program Jelajah SASSH ini turut mendapat kerjasama oleh semua pusat membeli belah yang terlibat.
Acara kemuncak Mini Konsert Amal bagi jelajah itu akan diadakan pada bulan 14 Dis ini di pusat membeli belah Centre Point Sabah.
SASSH adakan program jelajah Hari Aids Sedunia 2019
Reviewed by Paparazzi
on
November 17, 2019
Rating: