JPANS adakan "Running Man" versi Sabahan di Kudat
KUDAT : Seramai 90 orang warga Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) menyertai Program Retreat JPAN yang berlangsung di sini, baru-baru ini.
Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Khidmat Pengurusan) JPANS Maria Chong memaklumkan bahawa program itu adalah salah satu agenda tahunan di bawah Program Pembangunan Pegawai Jabatan sejak 2013 lagi.
WARGA JPANS yang menyertai program Retreat merakam gambar kenangan bersama
Pengarah, Timbalan Pengarah JPANS dan beberapa pegawai yang terlibat.
“Pada tahun ini, Retreat JPANS diadakan di Pekan Kudat yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kakitangan Gred 1 hingga 26 pada 6 hingga 7 September, manakala gred 29 hingga 48 pada 13 hingga 14 September.
“Melalui program itu, semua pegawai didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan cabaran fizikal dan mental dalam suasana kondusif, riang di luar pejabat,” katanya dalam satu kenyataan.
Turut hadir pada program itu ialah Pengarah JPANS Datuk (Datu) Rosmadi Sulai bersama Timbalan Pengarah (Pengurusan) Mohamad Osup.
Jelas Maria lagi, objektif penganjuran Retreat adalah untuk menghargai komitmen dan sumbangan, selain memberi motiviasi, menilai potensi diri, serta memupuk ‘esprit de corps’ dalam kalangan pegawai yang terlibat.
Pengisian program Retreat pada masa itu adalah ‘Running JPAN’, sesi ‘Getting To Know You’ dan program tanggungjawab sosial dengan membersihkan sekitar pantai Simpang Mengayau.
SALAH satu kumpulan yang berjaya menyelesaikan ujian aktiviti 'Running JPAN' pada program itu.
JPANS adakan "Running Man" versi Sabahan di Kudat
Reviewed by Paparazzi
on
October 08, 2019
Rating: