Bangkai Gajah Borneo dijumpai lagi ??

Gambar hiasan


KOTA KINABALU: Seekor lagi gajah Borneo ditemukan mati di Sukau, Kinabatangan hari ini.

Ketika ini, pasukan penyiasat daripada Jabatan Hidupan Liar (JHL) masih menjalankan bedah siasat terhadap bangkai haiwan berkenaan

Bedah siasat masih dilakukan. Saya tidak ada apa maklumat tetapi memang betul ada bangkai ditemukan di Sukau,” kata sumber ketika dihubungi Borneo Today.

Sementara itu, Pengarah JHL, Augustine Tuuga ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Saya masih tunggu laporan daripada pasukan penyiasat,” katanya.

Penemuan terbaharu bangkai haiwan terlindung itu merupakan yang keempat dalam tempoh tidak sampai dua bulan.

Pada 25 September lalu, bangkai seekor gajah Borneo ditemukan di Sungai Udin, Kalabakan dengan 70 kesan tembakan di badan.

Selepas itu, pada 20 Oktober, bangkai haiwan tersebut ditemukan mereput di sebuah ladang di Beluran.

Bagi kedua-dua kejadian itu, enam suspek pemburu telah ditahan untuk membantu siasatan.

Pada 3 November, bangkai seekor gajah Borneo ditemukan terapung di hulu Sungai Kinabatangan yang dipercayai angkara pemburu haram berikutan penemuan kaki haiwan itu yang dipotong menggunakan senjata tajam.-Sabahnewstoday


Bangkai Gajah Borneo dijumpai lagi ?? Bangkai Gajah Borneo dijumpai lagi ?? Reviewed by Paparazzi on November 16, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.