Tujuh pelajar tingkatan 5 ditahan terbabit kes rogol


Gambar hiasan


TAWAU: Tujuh pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di sini ditahan disyaki terbabit kes rogol seorang pelajar perempuan tingkatan dua, semalam.

Semua suspek ditahan selepas ibu mangsa membuat laporan polis jam 3.30 petang sebaik dimaklumkan oleh pihak sekolah berkenaan kejadian itu.

Difahamkan kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, seorang guru menemukan mangsa berusia 14 tahun dalam keadaan separuh bogel di sebuah bilik suis, di sekolah berkenaan.

Menurut sumber, mangsa memberitahu dua pelajar merogolnya manakala empat lagi suspek meminta mangsa melakukan seks oral.

Seorang lagi mangsa hanya berada di bilik berkenaan dan hanya melihat rakannya melakukan perbuatan itu terhadap mangsa.

“Ekoran kejadian itu, ibu mangsa kemudian membuat laporan polis dan semua suspek ditahan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas ketika dihubungi turut mengesahkan kejadian terbabit.

“Semua suspek ditahan pada hari yang sama dan direman selama tiga hari.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 375B/377A Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya. – SabahNewsToday

Tujuh pelajar tingkatan 5 ditahan terbabit kes rogol Tujuh pelajar tingkatan 5 ditahan terbabit kes rogol Reviewed by Paparazzi on November 16, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.