Penganggur didakwa bunuh ibu kandung
Ridzuan- gambar Bernama |
KUANTAN: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan membunuh ibu kandungnya yang lumpuh, di rumah mereka di sini pada Selasa lepas.
Tertuduh Mohd Ridzuan Mustafa, 38, sekadar mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.
Mohd Ridzuan didakwa membunuh Sefiah Hamid, 62, antara jam 8.40 pagi hingga 10.30 pagi, 12 Nov lepas di sebuah rumah di Taman Kampung Padang di sini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Hadi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Pada prosiding itu, tertuduh tidak diwakili peguam.
Nordiana memerintahkan supaya tertuduh dihantar ke Hospital Permai, Johor dan menetapkan 17 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk mendapatkan laporan mental tertuduh.
Media pada Selasa lepas, melaporkan seorang lelaki yang dipercayai menghidap masalah mental telah menikam leher ibunya sehingga maut, sebelum membawa jenazah wanita itu yang diletakkan di atas kerusi roda keluar dari rumah.
Suspek dikatakan menolak kerusi roda itu sejauh 50 meter sebelum kejadian itu disedari sekumpulan penduduk yang sedang bersarapan di kedai kopi. — Bernama
Penganggur didakwa bunuh ibu kandung
Reviewed by Paparazzi
on
November 15, 2019
Rating: