27,000 tentera bergerak menyelamat mangsa Taufan Hagibis



Taufan Hagibis: Jepun mengerakkan tentera sebagai pasukan penyelamat semasa bencana alam 

Jepun menggerakkan ribuan tentera serta pasukan penyelamat sepanjang tempoh bencana yang mengorbankan kira-kira 23 penduduk negara matahari terbit itu.


Setakat ini media tempatan negara itu melaporkan seramai 17 penduduk masih hilang.

Di tengah wilayah Nagano, seluruh kawasan ditakungi banjir menyebabkan kerja menyelamat penduduk terkandas terpaksa dijalankan di atas bumbung rumah.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata pihaknya akan melakukan yang terbaik dalam menangani bencana alam dahsyat ini.

“Seramai 27,000 pasukan keselamatan termasuk tentera dan pasukan penyelamat digerakkan untuk memberikan bantuan kepada rakyat,” katanya.

Tambahnya pihaknya akan memberikan lebih ramai anggota penyelamat jika keadaan memerlukan.

Menjelang hari Ahad, keadaan ribut semakin lemah dan beransur bergerak ke arah barat.


Menyelamat wanita warga emas di atas bumbung 

Di bandar Kawagoe di utara Tokyo, kru kecemasan menggunakan bot untuk membantu memindahkan penduduk yang terperangkap banjir.

Hampir 15,000 rumah di kawasan Tokyo turut terjejas dan lebih teruk perkhidmatan kereta api serta penerbangan juga dibatalkan berikutan ancaman taufan ini yang kemungkinan akan melanda semula.

Angka kematian yang direkodkan berlaku disebabkan tertimbus tanah runtuh dan juga dihanyutkan air bah.

Yang lebih menyedihkan seorang warga emas wanita berumur 70-an meninggal dunia semasa dipindahkan helikopter penyelamat dalam laporan AP memetik pegawai bomba.

Sesetengah kawasan di Jepun menyaksikan sehingga 40% daripada hujan purata dalam empat hari sahaja.

Di bandar Hakone dekat Gunung Fuji, lebih dari 1m (3kaki) hujan jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu iaitu jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan di Jepun selama 48 jam.


Hujan juga melanda kawasan ladang serta membanjiri gudang-gudang yang ada di sini.

Petani yang ditemui di bandar Higashi Matsuyama, barat laut Tokyo berkata dengan sedih kepada AFP bahawa mereka tidak pernah mengalami banjir seteruk ini sebelum ini.

Aktiviti sukan turut terganggu

Ribut taufan juga turut menyebabkan perlawanan Piala Dunia Ragbi dibatalkan bagaimanapun perlawanan utama antara Jepun dan Scotland akan tetap dijalankan pada Ahad.

Kelayakan untuk Grand Pric Formula Satu (F1) Jepun juga terganggu tetapi tetap diteruskan dan dimenangi oleh Valtteri Bottas.

Apabila ribut besar ini melanda, lebih 7 juta penduduk diarah berpindah dan kini terdapat 50,000 ditempatkan di pusat pemindahan.


Bulan lalu Taufan Faxai menyebabkan 30,000 rumah penduduk rosak teruk yang kebanyakkannya belum dibaiki.-sumber AFP




27,000 tentera bergerak menyelamat mangsa Taufan Hagibis 27,000 tentera bergerak menyelamat mangsa Taufan Hagibis Reviewed by Magicbullet on October 13, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.