Ajaibnya Chia Seed
Chia seed atau dalam bahasa Melayu digelar sebagai biji chia, merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang tergolong dalam keluarga pudina.
Berasal dari Mexico dan Guatemala, chia seed yang dikenali sebagai salvia hispanicadalam istilah saintifik, telah lama digunakan sebagai suplemen oleh perajurit suku kaum Maya dan Aztec di Mexico dek kerana khasiatnya yang cukup luar biasa.
Tergolong dalam kelompok superfood, kajian USDA National Nutrient mendapati 100 gram chia seed memenuhi 91% keperluan diet harian memandangkan biji ajaib ini kaya protein, serat, thiamin, vitamin A, vitamin C, vitamin E, folat, niasin dan riboflavin.
Selain itu, chia seed juga mengandungi sodium, kalium, mineral, kalsium, besi, tembaga, fosforus, mangan, selenium, zink dan magnesium.
Sifatnya sebagai antioksidan yang aktif mampu menghalang kesan buruk akibat daripada radikal bebas.
Namun, khasiat chia seed bukan sekadar untuk diet semata-mata. Penelitian oleh pakar perubatan dan para saintis beberapa tahun kebelakangan ini mendapati chia seed turut bermanfaat untuk kesihatan, kecantikan dan sebagainya.
Ini antara khasiat biji Chia atau Chia seed untuk info kita bersama.
1. Chia seed dikatakan mengandungi 2 kali ganda potasium berbanding pisang.
2. Biji Chia di katakan mengandungi 6 kali ganda kalsium berbanding susu.
3. 15 kali ganda magnesium terdapat di dalam biji Chia berbanding brokoli.
4. 9 kali ganda kandungan fosforus berbanding susu.
5. 6 kali ganda protein berbanding kacang parang.
6. Chia seed juga mengandungi asid lemak perlu alpha linolenik asid linolenik, mucin, strontium, vitamin A, B, E dan D, dan mineral termasuk sulfur, besi iodin, magnesium, mangan, niasin, tiamin dan kaya anti oksida.
7. Sesuai untuk kecantikan kulit dan awet muda kerana mengandungi anti oksida yang tinggi sehingga mampu menghentikan 70% daripada aktiviti radikal bebas.
8. Kandungan setat dan lemak yang sihat di dalam Chia seed menggalakkan pembuangan najis dan menghasilkan sistem pencernaan dan penghadaman yang sihat.
9. Chia seed juga bagus untuk kesihatan jantung kerana ia melawan keradangan, mengawal kolesterol dan menurunkan tekanan darah.
10.chia seed juga bagus untuk mengelakkan diabetes dan mengurangkan risiko diabetes.
11. Chia seed membantu menambahkan tenaga dan metabolisme tubuh.
12. Kandungan kalsium, magnesium, mangan, fosforus adalah penting untuk kesihatan tulang yang kuat dan gigi yang sihat.
13. Protein di dalam Chia seed bagus untuk binaan otot.
14. Kaya dengan asid alpha lineic yang mengurangkan risiko penyakit kanser payu dara dan rahim.
15. Dipercayai sesuai sebagai supplement penambah susu badan ibu.
Pastikan anda kerap minum air kosong kerana Chia seed dipercayai akan menyebabkan dehidrasi atau sembelit kerana kandungan seratnya yang tinggi.
Kekurangan air kosong ketika mengamalkan Chia seed boleh menyebabkan terjadinya dehidrasi, sembelit, kulit kering, kegatalan kulit dan sebagainya.
Disyorkan anda merendam biji Chia semalaman berbanding hanya terus tabur atau dicampur ke dalam minuman kegemaran untuk memastikan biji Chia kembang dan selamat dinikmati.
Setiap makanan seeloknya diambil secara sederhana.
PELBAGAI KHASIAT CHIA SEEDS
•Untuk Kesihatan
Membantu turunkan berat badan
Kaya dengan serat, pengambilan chia seed sebanyak 25 hingga 38 gram sehari dapat membantu menurunkan berat badan.
Kandungan tryptophan pula membantu melancarkan sistem pencernaan sekali gus membantu melangsingkan tubuh. Sebuah kajian di Brazil membuktikan bahawa chia seed berupaya untuk mengurangkan lemak dalam tubuh.
Malah kandungan protein yang dimilikinya ternyata berkeupayaan untuk meningkatkan rasa kenyang dan seterusnya membantu menurunkan berat badan.
Membantu cegah sembelit
Chia seed berkhasiat merawat sembelit kerana kandungan serat tidak larut yang terkandung di dalamnya.
Bahagian luar biji chia seed yang terdiri daripada polisakarida non-pati (NSP) yang larut dalam air akan mengembang dan berubah menjadi seperti jeli sehingga dapat membantu pencernaan dan melancarkan pembuangan air besar.
Mengawal kencing manis
Pakar perubatan menjelaskan chia seed merupakan salah satu rawatan semula jadi yang efektif buat pesakit diabetes tahap 2. Keupayaan chia seed untuk melambatkan pencernaan dapat dikaitkan dengan pencegahan diabetes.
Lapisan chia seed yang berubah menjadi jeli apabila terkena air dapat mencegah lonjakan kadar gula dalam darah. Sebagai salah satu makanan indeks glisemik rendah, chia seed dapat membantu menstabilkan gula dan melawan rintangan bagi insulin yang telah terikat dalam peningkatan pada lemak perut.
Memerangi kanser
Laporan perubatan yang diterbitkan dalam UCSF Medical Center menyatakan chia seed turut berkhasiat dalam memerangi kanser.
Kandungan asam alpha-linoleat dapat membantu mencegah kanser payudara. Minyak chia seed juga memiliki sifat antikanser yang dikenal pasti dapat mengurangkan pertumbuhan tumor dan menghambat sel kanser.
Membantu turunkan tahap kolesterol
Asam lemak omega-3 dan lemak monounsaturated (lemak tak jenuh tunggal) dalam chia seed turut berupaya menurunkan kolesterol dalam darah dan mencegah penyakit jantung koroner.
Kajian The Academy of Nutrition and Dietetics menjelaskan bahawa hanya dengan mencampurkan chia seed ke dalam makanan, kadar kolesterol akan dapat dikawal.
Meningkatkan kesuburan
Kajian menunjukkan makanan kaya asam lemak omega-3 seperti chia seed mampu meningkatkan kadar kesuburan lelaki.
Chia seed yang dimasak bersama salmon mengandungi khasiat yang luar biasa untuk kesihatan sperma lelaki. Malah baik juga untuk pertumbuhan bayi dalam kandungan.
Membantu perbaiki kesihatan kardiovaskular
Laporan kesihatan terbitan West Virginia Universitymenyatakan bahawa kandungan asam lemak omega-3 dalam chia seed dapat meningkatkan kesihatan jantung dan mencegah penyakit yang berhubungan dengan jantung.
Antaranya, mengurangkan risiko detak jantung tidak teratur (aritmia) dan melambatkan akumulasi plak arteri.
Meningkatkan tenaga dan metabolisme
Jika anda aktif bersukan, amalkan pengambilan chia seed. Tahu kenapa? Ini kerana chia seed mampu membuatkan anda lebih bertenaga. Kandungan vitamin B, zink, zat besi dan magnesium dapat membantu meningkatkan tenaga. Laporan terbitan University of New Hampshire
menjelaskan bahawa chia seed berupaya meningkatkan metabolisme tubuh.
Bagus untuk tulang dan gigi
Pengambilan makanan kaya kalsium dan fosforus seperti chia seed dalam menu harian dapat membaiki kesihatan tulang. Amalan memakan chia seed dianggap sebagai cara terbaik untuk menambahkan kandungan kalsium dalam tubuh.
Selain kalsium, chia seed juga kaya dengan mangan yang turut berperanan penting dalam mendapatkan tulang dan gigi yang kuat. Satu hidangan chia seed dalam menu harian memiliki 18 peratus daripada yang disyorkan untuk kalsium di mana ia berfungsi untuk mengekalkan kesihatan gigi, tulang dan mencegah osteoporosis.
•Untuk Kecantikan
Meningkatkan kesihatan kulit
Bukan hanya baik untuk kesihatan tubuh, si mungil ini juga berguna untuk memelihara kecantikan kulit. Asam lemak omega-3 dalam chia seed telah terbukti dapat merawat peradangan kulit.
Bersifat anti radang, chia seeddapat mengembalikan kelembapan kulit, mengurangkan kemerahan kulit dan mencegah jerawat.
Wajah kusam juga dapat diatasi menggunakan chia seed kerana ia sarat dengan protein, zink dan mineral yang efektif untuk mencerahkan kulit.
Selain memakannya, kulit kusam dapat diatasi dengan menjadikan chia seed sebagai masker wajah bagi mendapatkan hasil yang memberangsangkan. Lebih istimewa, chia seed juga dapat digunakan dalam merawat penyakit kulit seperti rosacea dan psoriasis.
Melembabkan kulit
Minyak yang diekstrak daripada chia seed mempunyai manfaat menakjubkan buat kulit. Secara klinikal, minyak chia seed terbukti meningkatkan penghidratan kulit. Ia mengurangkan kehilangan air secara trans epidermis dan menghalang kehilangan kelembapan walaupun pada kulit kering.
Serum semulajadi
Selain melembabkan kulit, minyak chia seed juga boleh menjadi pengganti serum yang sangat baik. Justeru, ia dapat menghalang mekap daripada cair atau merekah. Pengambilan chia seed yang konsisten turut membantu menggalakkan fungsi sel dan meningkatkan kecerahan kulit.
Mencegah tanda penuaan
Minyak chia seed turut mengandungi tahap antioksida dan phytonutrien yang tinggi.
Mengandungi 30% lebih antioksidan daripada beri biru, ia terdiri daripada asid Alpha-Lipoic, antioksidan kuat yang boleh mengurangkan garis halus, kedutan dan liang besar.
Selain itu, ia juga dapat melindungi kulit daripada radiasi UV dan bertindak sebagai agen anti inflamasi yang membantu mencegah kulit daripada berkedut atau kendur lebih awal.
Memudarkan parut jerawat
Selain mampu mengatasi inflamasi pada kulit, omega-3 dalam chia seed baik untuk mengatasi parut jerawat. Untuk hasil yang optimum, jadikan chia seed sebagai masker wajah.
Bagaimana? Hanya campurkan tiga sudu besar chia seed bersama satu sudu kecil madu. Kacau sebati dan oles pada wajah. Biarkan selama 15 minit dan basuh wajah hingga bersih. Amalkan rutin ini sebanyak dua kali seminggu, parut jerawat akan beransur pudar.-the Berkat & little queen
Ajaibnya Chia Seed
Reviewed by Magicbullet
on
October 12, 2019
Rating: