Kanak 9 tahun lakar rekod dunia pegang Ijazah Kejuruteraan


Laurent

Walaupun baru berusia sembilan tahun, Laurent Simons kini dilaporkan bakal memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik di University  of Technology, Eindhoven (TUE) pada DIsember hadapan selepas berjaya melengkapkan pengajian dalam masa sembilan bulan.

Beliau yang sedang menyiapkan projek tahun akhirnya mengenai cip elektrik yang berkait dengan otak memiliki tahap kecerdasan minda (IQ) sebanyak 145. Sudah memulakan persekolahan pada usia empat tahun dan menamatkan sekolah menengah pada usia lapan tahun dalam tempoh 18 bulan, Laurent bercita-cita mahu menjadi seorang angkasawan atau pun pakar bedah jantung selepas ini.



Berhasrat mahu melanjutkan pengajian di California kerana cuaca di sana yang baik, kejayaan Laurent ini berjaya mengalahkan rekod yang dipegang dari tahun 1994 iaitu Michael Kearney yang bergraduasi semasa berusia 10 tahun di University of Albana (Kearney kini berusia 35 tahun).

Dalam satu temu bual CNN, ayah Laurents yang merupakan seorang doktor gigi mendedahkan kanak-kanak itu telah mempunyai perancangannya yang sendiri iaitu mendapatkan kelulusan Doktor Falsafah dalam bidang kejuruteraan elektronik, menyambung pengajian ijazah dalam bidang perubatan kemudiannya menghasilkan jantung tiruan dan melakukan penyelidikan dalam bidang organ buatan serta robotik.



Beliau kemudian turut memberitahu walaupun banyak universiti yang menawarkan untuk menerima Laurents sebagai penuntut di sana, mereka sebagai ibu bapa tetap mahukan kehidupan kanak-kanak anaknya dijalani secara seimbang.


Selain daripada meminati ilmu pengetahuan, Laurent yang memiliki 30,000 pengikut di Instagram gemar mengisi masa lapangnya dengan permainan video Minecraft dan Fortnite serta menonton Netflix.

Sumber: New York Times
Kanak 9 tahun lakar rekod dunia pegang Ijazah Kejuruteraan Kanak 9 tahun lakar rekod dunia pegang Ijazah Kejuruteraan Reviewed by Paparazzi on November 19, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.