PAS SABAH SOKONG PENGHARAMAN JUDI DAN MESIN SLOT





                                                             Mohd Aminuddin

KOTA KINABALU: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah menyokong penuh kenyataan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafei Apdal yang akan menamatkan semua lesen mesin slot di negeri Sabah pada hujung tahun ini.

Pesuruhjaya PAS Sabah Mohd Aminuddin Aling berkata, tindakan itu tepat khususnya untuk melahirkan masyarakat yang makmur dan jauh dari belenggu judi.

" Sebab itulah juga Islam mengharamkan judi kerana ia boleh menyebabkan kesan yang buruk kepada individu dan keluarga khususnya berkaitan hutang.

" Walau bagaimanapun kerajaan mesti mempunyai satu perancangan strategik untuk memberi peluang pekerjaan kepada pekerja-pekerja yang terlibat dalam sektor ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, Aminuddin turut mencadangkan supaya kerajaan dapat memberi latihan, kemahiran serta pinjaman mudah kepada individu yang kehilangan pekerjaan akibat pengharaman kedai mesin slot bagi memudahkan mereka menceburi bidang perniagaan.

Justeru, selepas selesai pelaksanaan itu, beliau juga meminta kerajaan untuk terus mengadakan kempen kesedaran secara berterusan agar masyarakat tidak akan lagi terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian di kemudian hari.


PAS SABAH SOKONG PENGHARAMAN JUDI DAN MESIN SLOT PAS SABAH SOKONG PENGHARAMAN JUDI DAN MESIN SLOT Reviewed by Paparazzi on October 07, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.