8 TEMPAT MENARIK DI SEMPORNA 😍



Sabah sememangnya destinasi pelancongan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia, termasuk penduduk di semenanjung.
Semporna bukan sahaja terkenal dengan pulau-pulaunya yang indah dengan pasir yang memutih halus, malah di sana juga kaya dengan makanan laut yang segar dan murah. Kalau anda jenis yang suka bercuti sambil makan sepuas-puasnya, Semporna pasti menjadi destinasi terbaik untuk percutian anda kali ini.
Jom kami kongsikan tempat menarik di Semporna yang menjadi pilihan pelancong dalam dan luar negara.






PULAU TETAGAN

Pulau Tetagan merupakan sebuah perkampungan bagi kaum Bajau Laut yang banyak terdapat di Sabah. Manariknya, nama sahaja pulau tapi tiada pulau di sini.
Pulau Tetagan merupakan sebuah perkampungan Bajau Laut yang terdiri daripada rumah kayu yang dibina di atas air laut. Masyarakat Bajau Laut sememangnya hidup di laut, di situlah mereka hidup dari lahir sehingga meninggal dunia.
Apabila tiba di sini, anda boleh melihat sendiri cara hidup mereka yang unik. Sebagai persediaan, kami cadangkan anda bawa sedikit buah tangan seperti snek untuk diberikan kepada mereka. Kebiasaannya apabila bot pelancong sampai, akan ada banyak sampan datang mendekati pelancong. Bolehlah anda berikan snek sebagai hadiah buat mereka.
Kalau anda pergi ke Semporna, pastikan anda tak lepaskan peluang untuk singgah di Pulau Tetagan yang sangat unik. Pengalaman yang anda takkan dapat kutip di tempat lain.

2. PULAU SIPADAN

Siapa tak kenal dengan Pulau Sipadan? Pulau Sipadan pernah dinobatkan sebagai salah satu pulau yang tercantik di dunia. Pulau yang berbentuk seperti cendawan apabila dilihat dari dalam air ini merupakan satu-satunya pulau di Malaysia yang terhasil daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Ia menjadi tumpuan pelancong bukan sahaja dari Malaysia malah dari seluruh dunia.
Pulau Sipadan bukan sahaja mempunyai pasir putih dan halus yang terasa begitu lembut di kaki, malah perairannya juga sangat cantik. Sesuai untuk bersnorkeling dan scuba diving. Ikan-ikan dan baru karang yang terdapat di Pulau Sipadan adalah berkelas dunia. Tak hairanlah mengapa Pulau Sipadan menjadi antara lokasi scuba diving yang paling cantik di dunia.
Dah puas bermain pasir, mandi, dan bersnorkeling, anda boleh luangkan masa untuk melihat penyu dari dekat. Di Pulau Sipadan, anda berpeluang untuk berenang di sekeliling penyunya yang jinak dan tidak takutkan manusia. Anda boleh dekati dan menyentuh penyu-penyu yang ada di sini.
Anda juga boleh berikan makanan kepada penyu tersebut namun perlu berhati-hati supaya penyu tidak tergigit tangan anda.
Apabila bercuti ke pulau, pastinya anda terfikir tentang pemandangan matahari terbait dan matahari terbenam. Di Pulau Sipadan, anda dapat menikmati pemandangan kedua-duanya sekali.
Anda boleh bangun awal pagi untuk melihat matahari terbit, dan bermain di pantai untuk menunggu pemandangan matahari terbenam yang sangat cantik. Terdapat banyak resort di Pulau Sipadan untuk anda pilih, bergantung kepada citarasa dan bajet anda.

3. PULAU MABUL

Selain Pulau Sipadan, Pulau Mabul juga tak kurang popularnya di kalangan pelancong yang datang je Semporna. Lokasinya cuma 20 minit dengan menaiki bot dari Pulau Sipadan. Oleh itu, kalau anda bermalam di Pulau Sipadan, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Pulau Mabul.
Pulau Mabul adalah sebuah pulau kecil yang berbentuk melengkung. Seperti pulau-pulau lain di Sabah, Pulau Mabul mempunyai pasir yang putih dan halus, dan kaya dengan hidupan marin yang berwarna-warni. Pulau Mabul juga sesuai untuk aktiviti snorkeling dan scuba diving.
Selain ikan, di sini juga anda berpeluang untuk berjumpa hidupan air yang lain seperti sotong kurita, cephalopods, udang geragau, ketam dan rumpai laut.

4. PULAU KAPALAI

Anda pernah bercuti di pulau buatan manusia? Kalau tak pernah, kami cadangkan anda bermalam di Pulau Kapalai yang merupakan sebuah pulau buatan manusia. Lokasinya cuma 15 minit dari Pulau Sipadan, oleh itu selepas bermalam di Pulau Sipadan, bolehlah anda bermalam di sini pula.
Pulau Kapalai terkenal sebagai kawasan scuba diving yang cantik. Selain itu, anda juga boleh bersantai di atas pantainya yang putih sambil menunggu matahari terbit dan terbenam.

5. PULAU SIBUAN

Kalau anda mencari pulau yang indah dengan pasir putih halus dan air yang jernih penuh dengan ikan pelbagai warna serta batu karang yang pelbagai jenis, Pulau Sibuan adalah pilihan yang tepat buat anda. Pulau Sibuan terkenal sebagai destinasi snorkeling yang menjadi rebutan kaki snorkeling dari seluruh dunia. Airnya sangat jernih, dan ikan-ikan di sini sangat jinak. Batu karangnya juga berwarna-warni. Pasti anda terpukau.
Untuk makluman anda, atas faktor keselamatan, Pulau Sibuan dijaga oleh Tentera Laut Malaysia dan pulau ini hanya dibuka kepada pelancong sehingga pukul 3.30 petang sahaja. Anda tak perlu risau.
Dengan kawalan dari abang askar, insya Allah keselamatan anda semasa berada di Pulau Sibuan adalah terjamin. Bolehlah anda bermain pasir, mandi laut, berenang, dan bersnorkeling sepuasnya tanpa perlu risau.

6. PULAU MATAKING

Kalau anda mencari pulau dengan air yang super duper jernih seperti kristal, Pulau Mataking adalah pilihan yang terbaik buat anda. Sampai sahaja di pulau ini, anda pasti terpukau dengan air lautnya yang biru kehijauan dan pasir yang putih & halus seluas mata memandang. Pulau Mataking terkenal di kalangan scuba divers kerana pemandangan dasar lautnya yang cantik. Penyelam skuba dari seluruh dunia datang ke sini untuk menikmati keindahannya.
Kalau anda tak minat dengan aktiviti suba diving, anda boleh luangkan masa di sini untuk berjemur, bermain pasir, mandi, berenang, dan semestinya bersnorkeling melihat ikan dan batu karang yang banyak terdapat diperairan Pulau Mataking.
Perairan Pulau Mataking dipenuhi dengan spesies eksklusif karang seperti staghorn, otak dan banyak lagi. Kalau anda bernasib baik, anda akan terserempak dengan ikan daun, sweetlips, ikan gobi dan yu paus kerana Pulau Mataking merupakan laluan penghijrahan ikan-ikan tersebut.
Anda boleh luangkan masa untuk berjalan menyusuri pantai di Pulau Mataking. istimewanya pulau ini, ianya terlindung daripada angin yang kuat oleh pokok-pokok eksotik selain pokok kelapa yang biasa dijumpai di tepi pantai. Sewaktu berjalan-jalan di pantai, anda akan berjumpa dengan burung, rama-rama, tupai, dan ketam kelapa yang ada banyak di pulau ini.
Terdapat banyak chalet dengan bilik menghadap laut di Pulau Mataking. Bolehlah anda bermalam di sini. Seperti Pulau Sibuan, Pulau Mataking juga dikawal oleh pihak keselamatan atas faktor keselamatan. Kalau di Pulau Sibuan ada tentera yang berkawal, Pulau Mataking dijaga oleh pihak askar & polis. Ini adalah di antara usaha kerajaan Malaysia untuk memastikan keselamatan pelancong yang datang ke pulau yang indah ini.

7. PULAU BOHEY DULANG

Semporna sememangnya terkenal dengan pulau yang indah. Salah satu daripada pulau yang terkenal dan menjadi pilihan utama pelancong ialah Pulau Bohey Dulang. Menurut cerita orang lama, Bohey Dulang bermaksud air dulang. Ada juga yang mengatakan pulau ini mendapat nama Pulau Bohey Dulang kerana bentuknya yang seperti dulang air.
Pulau Bohey Dulang terkenal dengan pantainya yang indah dengan pasir yang putih dan halus. Pasti anda tak puas bermandi-mandi sambil bermain pasir di sini. Selain itu, tarikan utama di sini ialah punca Bohey Dulang di mana anda perlu mendaki sebuah bukit untuk sampai ke puncaknya. Dari puncak tersebut, pemandangannya tak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Dari puncak Bohey Dulang, anda dapat melihat laut biru yang luas, dan pulau-pulau kecil di sekitarnya. Sangat-sangat indah. Untuk naik ke puncak Bohey Dulang.





8. PULAU TIMBA-TIMBA

Pulau Timba-timba merupakan tempat menarik di Semporna yang seterusnya. Terkenal sebagai destinasi terbaik untuk aktiviti snorkeling, biasanya pelancong yang datang ke Semporna takkan melepaskan peluang untuk datang ke sini. Anda pasti takkan puas bersnorkeling di sini. Airnya yang jernih dan ikan yang berwarma-warni pasti memukau mata anda.
Itulah dia 8 tempat menarik di Semporna yang ingin kami kongsikan kepada anda. Semoga bermanfaat buat anda.

sumber info: ammboi & Hanz

Please Follow Page and instagram

Facebook Page : Backpackers Outdoor Adventures Sdn Bhd
 https://goo.gl/tiiJAS

 Instagram: sabahanoutdoors
 https://goo.gl/ddTvno

 Instagaram : saboabackpackers
 https://goo.gl/uziZGq


8 TEMPAT MENARIK DI SEMPORNA 😍 8 TEMPAT MENARIK DI SEMPORNA 😍 Reviewed by Paparazzi on October 06, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.