MBKK sertai Seminar Integriti Kepimpinan Masjid dan Surau Negeri Sarawak
KOTA KINABALU: Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBRKK) diundang menjadi peserta Seminar Integriti Kepimpinan Masjid dan Surau Negeri Sarawak yang berlangsung selama dua hari bermula Khamis lepas di Dewan Majma' Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Kuching Sarawak.
Seminar kali keempat yang disertai MBKK itu itu dianjurkan oleh Pejabat Majlis Islam Sarawak (PMIS) dengan kerjasama Unit Intergriti dan Ombudsman (UNION), Jabatan Ketua Menteri Sarawak.
Majlis penutupan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Pada majlis itu, Pengerusi MBRKK Datuk Haji Ab Jamal Tun Haji Sakaran sempat berkongsi pengalaman berkaitan kewujudan dan pengimarahan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu selama hampir 20 tahun.
Katanya, ia merangkumi pelbagai bidang seperti aspek ibadah, dakwah, pendidikan, ekonomi, sosial kebajikan, belia, wanita, COTI, pelancongan dan sebagainya.
Katanya lagi, MBR juga berjaya merancang dan melaksanakan pelbagai program yang membawa impak besar kepada pengimarahan masjid dan ummah.
"Kami merangka beberapa program bersifat tuntutan agama dan konsep ambil peduli keperluan masyarakat sekeliling terutama jemaah ke arah menyahut cabaran tahun mendatang 2020.
" Langkah ini penting sebagai tindakan pro aktif bagi memantapkan peranan MBRKK yang bukan saja tertumpu kepada tempat ibadah, menyebar ilmu duniawi dan ukhrawi, jana pendapatan sektor pelancongan dan kiosk perniagaan, malah menitik beratkan ilmu keagamaan untuk anak anak kelainan upaya (OKU), QurAnis,"katanya.
Selain itu, beliau menjelaskan bahawa Akademi QurAnis Al-Mubarak (AQM) yang beroperasi pada 19 September 2016 adalah pusat Pengajian Al-Quran dan Tahsin ibadah yang pertama di Negeri Sabah dan juga yang pertama di Malaysia sebagai pusat pengajian Al-Quran untuk golongan OKU beroperasi di MBRKK sendiri.
Katanya, Akademi berkonsepkan pusat khidmat komuniti itu mempraktikkan kurikulum DINI QurANIS yang dibangunkan oleh Yayasan FAQEH.

AB Jamal (empat, kanan) bersama rombongan MBRKK dan pihak penganjur Seminar Integriti Kepimpinan Masjid dan Surau Negeri Sarawak merakam gambar kenangan bersama.
MBKK sertai Seminar Integriti Kepimpinan Masjid dan Surau Negeri Sarawak
Reviewed by Paparazzi
on
October 06, 2019
Rating: