Anak gali kubur ibu kerana rindu


Sumber dari media sosial


JAKARTA: Kerana terlalu rindukan ibunya, seorang pemuda sanggup menggali semula kubur dan membawa pulang jenazah wanita itu yang baru saja dikebumikan 40 hari lalu di Kabupaten Probolinggo, Jawa Timur.

Kejadian berlaku pada Jumaat lalu apabila pemuda terbabit, Nasir mengusung jenazah ibunya, Sumarto di dalam guni dan dibawa pulang ke rumahnya selama dua hari.

Kompas melaporkan kejadian itu pada mulanya tidak diketahui penduduk sebelum satu rakaman videonya yang cuba mengebumikan semula jenazah pada Ahad lalu menjadi tular.
Nasir membawa semula jenazah ke kubur selepas dipujuk kakaknya, Sul.

Penduduk, Amin berkata, mereka tidak menyedari kejadian itu memandangkan lokasi kubur yang terletak jauh di dalam hutan.

Sementara itu, Detik News yang memetik jurucakap Kepolisian Sektor (Kapolsek) Pakuniran, Iptu Habi Sutoko berkata, pemuda itu dipercayai mengalami tekanan jiwa selepas ibunya meninggal dunia.

Menurutnya, anak ketiga daripada empat beradik itu memberi alasan tindakan terbabit dilakukan kerana terlalu rindukan kehadiran ibunya.

“Dia menggali sendiri kubur pada waktu siang tanpa pengetahuan sesiapa. Kubur itu di tengah hutan dan kawasan terbabit jarang dilalui penduduk.

“Kemudian dia memasukkan jenazah ke dalam guni lalu dibawa pulang ke rumah namun kakaknya, Sul mendapat tahu perkara itu dan memujuknya mengebumikan semula jenazah,” katanya.-Agensi


Anak gali kubur ibu kerana rindu Anak gali kubur ibu kerana rindu Reviewed by Paparazzi on October 16, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.