Filem Badut capai kutipan tertinggi minggu pertama





                                   Joker


FILEM JOKER yang mengupas isu depresi, penyakit mental, politik, kecelaruan identiti dan penderaan dilaporkan berjaya mengutip RM389 Juta  dalam minggu pertama!

Malah, filem hasil lakonan Joaquin Phoenix sebagai Joker itu turut tersenarai sebagai filem kutipan tertinggi bulan Oktober ini.

Pencapaian ini sekali gus, menewaskan kutipan yang diraih filem Venom pada tahun lalu iaitu sekitar RM335 juta.

Manakala, kutipan seluruh dunia pula, Joker menerima RM689 juta.

##Joker mengisarkan tentang Arthur Fleck ataupun Joker bekerja sebagai seorang badut yang menceriakan orang lain dan bercita-cita menjadi ‘stand-up comedian’ (pelawak pentas).

Namun, amat menyedihkan, tiada siapa yang mengambil serius tentang dirinya sehinggalah dia menjadi indvidu dikenali sebagai Joker.

Filem ini diarah oleh Todd Philips dan dibintangi Joaquin Phoenix, Robert De Niro, Zazie Beetz, Frances Conroy dan ramai lagi.



Filem Badut capai kutipan tertinggi minggu pertama Filem Badut capai kutipan tertinggi minggu pertama  Reviewed by Paparazzi on October 08, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.