Niat mahu balik tidak kesampaian
Lima lelaki PTI yang ditahan bersama tiga
motosikal yg disyaki untuk mengangkut
rakan lain.-Ihsan PPM
LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan lima lelaki pendatang asing tanpa izin (PTI) yang dipercayai cuba keluar dari daerah ini menggunakan laluan tidak diwartakan di persisiran pantai Tagupi, dekat sini, semalam.
Semua suspek berusia 18 hingga 50 tahun itu didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan ditahan pada pukul 10.40 malam menerusi Operasi Gelora.
Difahamkan, mereka ingin menaiki bot untuk menuju ke Bongao Filipina.
Seterusnya, pasukan Marin membawa kesemua suspek ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk siasatan dibawah Akta Imigresen 1959.
Niat mahu balik tidak kesampaian
Reviewed by Paparazzi
on
October 08, 2019
Rating: