Sorok ketamin dalam baja



Kegiatan sindiket penyeludupan dadah menyorokkan dadah jenis ketamin di dalam bungkusan baja berakhir ke tali gantung apabila kegiatan mereka berjaya dihidu pihak polis.

Tindakan mereka yang turut menggunakan khidmat kurier bagi membawa masuk dadah ke dalam negeri ini juga digagalkan melalui operasi serta risikan berterusan daripada pihak polis dari cawangan siasatan jenayah narkotik.

Semasa ditahan polis, suspek warga tempatan berumur 27 tahun itu hanya mampu terdiam dan dadah jenis ketamin seberat 101.20 gram yang dianggarkan bernilai RM15,180 turut dirampas pihak polis.

Suspek kini ditahan reman dan akan disiasat mengikut Seksyen 39B yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup atau sebat jika sabit kesalahan.


Sorok ketamin dalam baja Sorok ketamin dalam baja Reviewed by Paparazzi on October 30, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.