Wanita maut, kenderaan dinaiki bersama keluarga terbabas

KINABATANGAN: Seorang wanita maut selepas kenderaan jenis Proton Wira dinaiki bersama tiga ahli keluarganya terbabas di Kampung Sentosa Jaya, dekat sini, tadi.

Mangsa, Lisa Muslimin, 18 maut di lokasi kejadian manakala seorang wanita Hasmiah Samauna, 39, parah dan kini menerima rawatan di hospital berhampiran.
Pasukan bomba dan penyelamat serta pegawai perubatan memberi rawatan awal terhadap mangsa. Foto JBPM Sabah
Dua lagi mangsa lelaki Supriadi Muslim dan Muslim Roja tidak mengalami kecederaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan pukul 2.06 petang dan bertindak ke lokasi kejadian.
Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan terbabit. Foto JBPM Sabah
Empat anggota dan seorang pegawai bergerak ke lokasi sejauh 20 kilometer (km) menaiki sebuah jentera penyelamat.

"Kemalangan membabitkan sebuah kenderaan  jenis Proton Wira dinaiki empat mangsa itu dipercayai terbabas sendiri ke bahu jalan.

"Seorang mangsa wanita disahkan meninggal dunia di lokasi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala seorang wanita lagi cedera parah dihantar ke hospital menggunakan ambulan untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini sebelum operasi ditamatkan pukul 3 petang.


Wanita maut, kenderaan dinaiki bersama keluarga terbabas Wanita maut, kenderaan dinaiki bersama keluarga terbabas Reviewed by Nas on October 18, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.