Bayi lahir menyerupai muncung babi


Bayi yang lahir berkenaan


BAKU - Seorang bayi perempuan dilahirkan dengan wajah yang luar biasa yang pastinya menyentuh perasaan apabila melihatnya.

Bayi itu dilahirkan di klinik swasta di Baku, ibu negara Azerbaijan dengan hidung seperti muncung babi, telinga yang terletak di lehernya dan mulut yang hampir tidak kelihatan.

Walaupun mempunyai wajah yang luar biasa, organnya berfungsi dengan baik dan doktor mengatakan bahawa dia adalah bayi yang sihat.

Rakaman video mengenai bayi dengan ciri unik ini telah tersebar. Ia menunjukkan bayi tersebut tidak mempunyai rahang yang mungkin menyebabkan telinga terbentuk ke bawah, yang sepatutnya rahang berada.



Ketua Perbidanan dan Sakit Puan Azerbaijan, Sevyndzh Mamedova berkata, ibu seharusnya dimaklumkan tentang perkembangan anak semasa pemeriksaan ultrabunyi pada bulan ketiga kehamilan sama ada untuk meneruskan atau tidak kehamilan dalam situasi ini.

"Disebabkan ia dilahirkan di klinik swasta, kami tidak dapat memeriksa bayi tanpa izin ibu.

"Saya mahupun ketua pakar neonatologi atau ketua pakar kanak-kanak tidak dijemput untuk memeriksa kanak-kanak itu.

"Gagal mengenali kecacatan seperti itu adalah jenayah. Keluarga boleh melaporkan pakar sakit puan mereka dan pakar ultra bunyi," katanya. - Agensi

Bayi lahir menyerupai muncung babi Bayi lahir menyerupai muncung babi Reviewed by Paparazzi on November 15, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.