Mangsa banjir meningkat di Membakut

Gambar dari APM



KOTA KINABALU, 9 Nov — Hujan sejak dua hari lepas menyebabkan mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Daerah Kecil Membakut meningkat kepada 90 orang pagi ini berbanding 19 orang malam tadi.

 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataan pagi ini berkata mangsa daripada 31 keluarga yang dipindahkan ke PPS Dewan Selagon, di sini terdiri daripada 49 dewasa, 38 kanak-kanak dan tiga bayi.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 12 kampung di Membakut yang terjejas ialah Kampung Lumantak, Baitam, Sinoko, Bambangan, Baru, Kayai, Lampuas, Sindok, Siniko, Laut, Jambatan Baru dan Kampung Kayai.

Menurut kenyataan itu, terdapat jalan raya utama yang terjejas dan tidak boleh dilalui iaitu Jalan Kampung Baru, Bambangan.

Gambar dari APM


Selain APM, pemantauan banjir turut membabitkan anggota bomba dan penyelamat, polis, Pejabat Daerah Beaufort, Pejabat Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am.

— BERNAMA
Mangsa banjir meningkat di Membakut Mangsa banjir meningkat di Membakut Reviewed by Paparazzi on November 09, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.