Pembunuh pemandu grab tidak gila, bileh dibicara
Amru Al Asy Japri, 24, kini berdepan dengan tali gantung selepas didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Turut berdepan nasib sama ialah rakan pembunuh tertuduh, Arsit Indanan, 20, yang merupakan warga Filipina.
Terdahulu Khamis lalu, Mahkamah Majistret Tuaran dimaklumkan bahawa Amru layak dibicarakan selepas menerima laporan perubatan daripada pihak pendakwaan.
Majistret Jessica Ombou Kakayun kemudiannya menjelaskan perkara itu kepada tertuduh.
Beliau kemudiannya menetapkan 5 Disember untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.
Kedua-dua tertuduh juga diperintah reman lanjut kerana tuduhan terhadap mereka tidak boleh dijamin.
Amru dan Arsit didakwa membunuh Mohammad Hanafiee Jaffar, 27, di dalam sebuah kereta Proton Saga FLX antara pukul 4 pagi dan 5 pagi pada 25 Mei tahun ini di tepi Jalan Marabahai di Tuaran.
Pada 11 Julai lalu, kedua-dua tertuduh, yang bekerja sebagai pekerja kedai cuci kereta, didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawakan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan diambil daripada kedua-dua tertuduh pada waktu itu.
Dalam prosiding itu, mahkamah turut memerintahkan supaya Amru dirujuk ke hospital tersebut susulan permohonan daripada peguamnya kerana pernah menerima rawatan di sana sebelum ini. - BorneoToday
Pembunuh pemandu grab tidak gila, bileh dibicara
Reviewed by Paparazzi
on
November 10, 2019
Rating: