BELANJAWAN 2020 : 500 bas elektrik akan diwujudkan


Gambar hiasan

KERAJAAN berhasrat menyediakan 500 BAS ELEKTRIK pelbagai saiz dengan kos RM450 juta untuk pengangkutan awam di bandar terpilih seluruh negara.

Usaha ini bagi menambah baik pengangkutan awam serta mewujudkan bandar bersih dan hijau.

TAHUKAH ANDA?

Kadar penggunaan perkhidmatan pengangkutan ini di Malaysia masih pada tahap rendah kerana infrastruktur yang belum dibangunkan sepenuhnya.

Namun, sudah wujud syarikat tempatan yang menghasilkan kenderaan elektrik untuk kegunaan pengangkutan awam samaada untuk kegunaan peribadi ataupun komersial.

Contohnya, Elektrik Bas Inovasi Malaysia adalah bas elektrik rekaan tempatan yang difahamkan sudah beroperasi di jalan raya Kuala Lumpur seawal 2017.

Bagaimanapun, Bas ini hanya mampu bergerak sejauh 200 kilometer sebelum dicas semula selama tiga jam.

Pada tahun ini, Kerajaan Sarawak pula cuba  mengambil inisiatif yang sama dengan menawarkan perkhidmatan bas elektrik yang sudah beroperasi 1 Mac lepas.


KELEBIHAN BAS ELEKTRIK BERBANDING BAS KONVENSIONAL

a) Tidak mengundang pencemaran udara.
b) Tidak menghasilkan bunyi bising enjin diesel.
c) Tidak menghasilkan gegaran ketika bergerak
d) Kos penyelenggaran yang lebih rendah.





BELANJAWAN 2020 : 500 bas elektrik akan diwujudkan BELANJAWAN 2020 : 500 bas elektrik akan diwujudkan Reviewed by Paparazzi on October 11, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.