Migrain perosak gaya hidup, jom cegah!

Gambar dari KKM


Sedikit info mengenai penyakit MIGRAIN (IndianExpress)

1. MiGRAIN adalah penyebab umum kedua dari sakit kepala, yang dialami 15 peratus wanita dan enam peratus lelaki.

2. Satu dari tujuh orang mengalami sakit kepala akibat migrain setiap hari.

3. Biasanya, sakit kepala akibat migrain bersifat episodik. Sakit dirasakan hanya di bahagian tertentu kepala, berdenyut dan menyebabkan rasa mual dan muntah.

4. Sejarah keluarga menjadi faktor risiko paling kuat berlakunya migrain. Peluangnya meningkat dua hingga tiga kali ganda dalam kalangan saudara mara.

5. Migrain memerlukan rawatan dan pengurusan khusus sedangkan sakit kepala biasa dapat dikendalikan dengan mengubah gaya hidup dan beberapa ubat penghilang rasa sakit.

PUNCA MIGRAIN

1- Perubahan hormon terhadap wanita.
 Fluktuasi estrogen, seperti sebelum atau sepanjang haid, kehamilan dan menopaus nampaknya menyebabkan sakit kepala kepada kebanyakan wanita.

2 - Ubat hormon seperti kontrasepsi oral.

3 - Minuman beralkohol dan pengambilan terlalu banyak kopi.

4 - Stres di tempat kerja atau di rumah.

5 - Stimulasi sensor, misalnya lampu terang dan sinar matahari, bunyi nyaring, bau yang kuat seperti minyak wangi, cat.

6 - Perubahan/tidak cukup tidur.

7 - Faktor fizikal, seperti aktiviti fizikal yang menyebabkan ketegangan.

8 - Perubahan cuaca/tekanan.

9 - Ubat-ubatan seperti kontrasepsi oral dan vasodilator, seperti nitrogliserin.

10 - Makanan, contohnya keju, coklat dan kopi.

11 - Pemanis dan pengawet makanan.


BEBERAPA CARA RAWAT MIGRAIN SECARA SEMULA JADI

1- Jika dapat dikenal pasti puncanya, elakkan faktor-faktor yang boleh mencetuskan migrain.

2- Sentiasa bersenam dan meditasi serta amalkan gaya hidup sihat.

3- Tidur malam yang mencukupi. Disarankan    7-8 jam.

4- Elakkan alkohol, rokok dan dadah.

5- Elakkan melakukan aktiviti berat.



Migrain perosak gaya hidup, jom cegah! Migrain perosak gaya hidup, jom cegah! Reviewed by Paparazzi on October 11, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.