Miliki dadah, empat lelaki ditahan

SEBAHAGIAN suspek ditahan sebelum dibawa ke IPD Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Gara-gara memiliki dadah, empat lelaki ditahan polis dalam satu Ops Sarang yang dijalankan di beberapa kawasan dekat sini.

Pada masa sama, 10 suspek turut ditahan kerana terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan serta penagihan dadah.

Kesemua suspek ditahan dalam operasi yang dijalankan di tiga lokasi iaitu Kampung Sembulan, Cenderamata 2 dan Sepanggar pada 7 hingga 10 Oktober lepas.

14 suspek itu adalah antara 46 tangkapan keseluruhan yang dijalankan selama seminggu bermula 5 hingga 11 Oktober iaitu pelaksanaan sebanyak 19 serbuan.

Bagi jumlah terbabit, seramai 10 individu keseluruhan memiliki dadah manakala 36 lagi positif dadah jenis syabu yang mana melibatkan sembilan warga asing berumur 18 hingga 67 tahun.

Pihak polis merekodkan jumlah rampasan syabu keseluruhan seberat  1.64 gram bernilai RM82 sepanjang operasi itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.





Miliki dadah, empat lelaki ditahan Miliki dadah, empat lelaki ditahan Reviewed by Paparazzi on October 11, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.