Rokok bernilai lebih RM82,000 dirampas PPM

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 1,650 karton rokok bernilai RM82,500 yang dibuang seorang suspek di perairan daerah ini, semalam. 

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata Operasi Gelora Khas dijalankan pukul 4 pagi sejurus selepas risikan  dijalankan bagi membanteras aktiviti penyeludupan rokok. 
Pegawai Pemerintah PPM Tawau, Deputi Superintendan Mohd Nazari Ismail (kanan) menunjukkan rokok seludup yang dirampas. Ihsan PPM Tawau
Katanya sebuah bot dikenalpasti menjalankan kegiatan berkenaan dan cuba dihampiri namun suspek bertindak memecut bot selepas menyedari kehadiran pihak penguatkuasa. 

"Ketika kejar mengejar bot suspek dilakukan dan kelihatan suspek membuang beberapa kotak ke dalam laut sebelum meloloskan diri ke perairan Indonesia. 

"Pemeriksaan di dalam kotak berkenaan mendapati 1,650 karton rokok pelbagai jenama bernilai RM82,500 dipercayai cuba diseludup masuk ke daerah ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pasukan Polis Marin (PPM) mengambil kotak yang dibuang suspek sebelum meloloskan diri. Ihsan PPM Tawau
Beliau berkata semua rokok dirampas dan dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut.

"Kes akan disiasat dibawah Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967," katanya. 
Rokok bernilai lebih RM82,000 dirampas PPM Rokok bernilai lebih RM82,000 dirampas PPM Reviewed by Nas on October 11, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.