Lagak 'Halimunan' yang tidak menjadi
Gambar hiasan |
KOTA KINABALU: Tidak sempat berlagak jadi halimunan, akhirnya tersungkur apabila sepasukan polis berjaya mengesan dan mengangkap suspek yang dipercayai meragut telefon bimbit milik pelajar perempuan.
Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan dekat jalan kampung Rampayan di Gelanggang Futsal Rampayan Manggatal di sini semalam.
Mengikut cerita, pengadu berusia 17 tahun itu sedang menunggu bas sekolah bersama rakannya di depan kedai kopi di Manggatal, jam 5.10 pagi.
Tiba- tiba seorang lelaki tidak dikenali menghampiri mangsa dan merampas telefon bimbit yang dipegangnya lalu melarikan diri.
Selepas kejadian itu mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Manggatal, jam 6.23 pagi hari sama kejadian itu.
Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu terus mengambil tindakan dan akhirnya berjaya mengesan serta menangkap suspek pada jam 2.30 petang selepas laporan polis dibuat.
Ketika soal siasat, suspek dipercayai pernah dipenjara atas kesalahan mencuri pada tahun lalu dan turut mendapati suspek positif air kencing.
Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
Lagak 'Halimunan' yang tidak menjadi
Reviewed by Paparazzi
on
October 11, 2019
Rating: