Empat rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Sarang Kota Belud

KOTA BELUD: Empat rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Sarang, dekat sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerusi kenyataan media berkata pihaknya menerima panggilan jam 4.46 petang dan bertindak ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba di lokasi, 10 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud kemudian proses memadam kebakaran.

Kebakaran membabitkan empat rumah di Kampung Sarang, Kota Belud. Ihsan Bomba

Bagaimanapun empat rumah musnah sepenuhnya dan api dapat dikawal 6.20 petang.

Tiada kemalangan jiwa atau  kecederaan dilaporkan.

Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
Empat rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Sarang Kota Belud Empat rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Sarang Kota Belud Reviewed by Nas on October 09, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.