APMM rampas mesin judi “Wukong”, juragan ditahan
TAWAU: Seorang juragan warganegara Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas membawa tiga mesin judi permainan “Wukong” di perairan daerah ini.
Pengarah Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Mohd Yusri bin Hussin berkata dalam kejadian pukul 8 pagi itu, juragan berusia 50 tahun dipercayai membawa mesin judi terbabit menggunakan bot penumpang menuju ke Sungai Melayu, Pulau Sebatik.
Katanya bot ronda APMM yang menjalankan operasi dan pemeriksaan rutin di sekitar kawasan tanggungjawab bertindak menahan bot penumpang mencurigakan yang memiliki nombor pendaftaran.
Pemeriksaan mendapati bot terbabit membawa muatan kotak yang dibungkus menggunakan plastik berwarna merah jambu.
Hasil pemeriksaan lanjut di dalam kotak itu, kita menemukan tiga mesin judi permainan Wukong tanpa sebarang dokumen kebenaran membawa barangan terbabit.
Beliau berkata suspek yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah kemudian ditahan manakala barangan dirampas dan dibawa ke Jeti APMM Tawau untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat dibawah Enakmen Pelabuhan Dan Dermaga Sabah 2002 kerana disyaki melanggar syarat sah lesen bot dan Akta Imigresen 1959.

Mesin Judi Permainan Wukong yang cuba dibawa oleh juragan Indonesia terbabit. Ihsan APMM |
Katanya bot ronda APMM yang menjalankan operasi dan pemeriksaan rutin di sekitar kawasan tanggungjawab bertindak menahan bot penumpang mencurigakan yang memiliki nombor pendaftaran.
Pemeriksaan mendapati bot terbabit membawa muatan kotak yang dibungkus menggunakan plastik berwarna merah jambu.
Hasil pemeriksaan lanjut di dalam kotak itu, kita menemukan tiga mesin judi permainan Wukong tanpa sebarang dokumen kebenaran membawa barangan terbabit.
Mesin judi permainan Wukong yang dirampas APMM. Ihsan APMM |
Beliau berkata suspek yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah kemudian ditahan manakala barangan dirampas dan dibawa ke Jeti APMM Tawau untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat dibawah Enakmen Pelabuhan Dan Dermaga Sabah 2002 kerana disyaki melanggar syarat sah lesen bot dan Akta Imigresen 1959.
APMM rampas mesin judi “Wukong”, juragan ditahan
Reviewed by Nas
on
October 09, 2019
Rating: