Rizalman paling tadah dari Zalora?

Rizalman


KUALA LUMPUR: Pereka Fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim hari ini mengumumkan di akaun Instagramnya bahawa beliau bakal akhiri kolaborasi bersama peruncit fesyen dan kecantikan terkemuka di Asia Zalora, menjelang awal tahun depan.

Rizalman yang sinonim dengan gelaran 'Royalty of Malaysia’s Fashion’ itu akan mementaskan koleksi terakhir beliau bersama Zalora pada 20 Februari 2020 di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Peminat koleksi barangan Rizalman boleh membeli sebagai kenangan terakhir ketika pementasan dilaksanakan, termasuklah pembelian di laman Zalora pada tarikh yang sama.

Mengulas lanjut, Rizalman memaklumkan bahawa pengundurannya yang genap 8 tahun itu bagi memberi peluang kepada pereka muda yang baru berkecimpung dalam bidang fesyen untuk mengunakan platform maya seperti Zalora bagi memasarkan produk mereka.

Katanya, keputusan itu sememangnya sudah dirancang pada awal tahun ini lagi dan pernah terlintas untuk membuat keputusan yang sama pada tahun 2016.

Bagaimanapun, dia gagal memutuskan lagi disebabkan mahu menjaga permintaan yang tinggi daripada peminat “Rizalman For Zalora” pada ketika itu.

Selain itu, beliau menjelaskan bahawa persaraan itu juga bertujuan memberi fokus   terhadap perkembangan segala urusan perniagaan yang lain dibawah pengurusan syarikat Rizalman Ibrahim.

Beliau juga mengakui bahawa Zalora telah sedikit sebanyak memberi manfaat baik kepada pengguna sekaligus kepada industri fesyen dan berharap keputusannya itu akan diterima baik oleh penyokongnya serta pihak Zalora.

Rizalman- foto insta

Ketika pemberita mengajukan soalan samaada pengumuman drastiknya itu hanya sekadar gimik, Rizalman menjawab bahawa hasrat itu ada, tetapi peminatnya enggan melepaskan beliau.

"Ketika itu, saya telah menghasilkan cerita pendek yang bertajuk 'pulang', dimana saya telah mematikan wataknya di dalam lakonan untuk memberikan satu signifikan kepada pengunduran saya dalam Zalora.

"Namun, ramai peminat enggan melepaskan saya termasuk Zalora sendiri kerana permintaan pada ketika itu meningkat meskipun kolaborasi itu baru berusia 3 tahun.

"Selain itu, jumlah peminat juga semakin bertambah dan pihak Zalora telah meminta saya untuk memanjangkan lagi kolabrasi sehngga ke tahun 2020," katanya.
Rizalman paling tadah dari Zalora? Rizalman paling tadah dari Zalora? Reviewed by Paparazzi on October 09, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.