"Kami makan semua sampah-sarap sehingga habis"



Seorang guru sebuah sekolah di China ditahan selepas didakwa memaksa empat muridnya memakan sampah hanya kerana kesemua mangsa gagal mengosongkan tong sampah di bilik asrama mereka.


Kesemua murid di Sekolah Rendah Shuiquan di Zhokou, wilayah Henan tersebut diarah menelan kertas, pembalut plastik dan kulit buah ketika kejadian pada bulan lalu.

Kejadian itu menyebabkan guru besar dan timbalannya juga dipecat selepas insiden itu terbongkar apabila salah seorang mangsa, Ling Ling berusia 11 tahun dimasukkan ke hospital kerana sakit perut.


Kanak-kanak lelaki itu kemudiannya mendedahkan seorang gurunya dikenali sebagai Jiang melakukan pemeriksaan pada 7 September lalu dan berang kerana tong sampah tidak dikosongkan.

"Dia mengarahkan kami memakan semua sampah-sarap sehingga habis," katanya yang terpaksa akur dengan arahan itu kerana terlalu takut.

Selain Ling Ling, seorang rakannya juga mengalami ulser perit selepas memakan dua sisa plastik berukuran seperti paku.

Seorang daripada murid terbabit dilaporkan bertukar sekolah kerana berdepan tekanan mental dan fizikal.

Sementara itu, seorang guru dikenali sebagai Luo mempertahankan Jiang dan mendakwa dia sebenarnya tidak bermaksud demikian malah rakan sekerjanya itu juga mengatur pemeriksaan fizikal untuk mereka selepas mendapat tahu tentang kejadian tersebut. - Agensi



"Kami makan semua sampah-sarap sehingga habis" "Kami makan semua sampah-sarap sehingga habis" Reviewed by Paparazzi on October 15, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.