Ketahui kajian mengenai penyakit Depresi @ Kemurungan ?
Gambar Hiasan |
SUDAH terlalu banyak isu tekanan atau stres yang melanda masyarakat dibincangkan dalam pelbagai medium, selain macam-macam tindakan, strategi, galakan serta saranan bagi mengatasi masalah yang merisaukan ini.
Senario ini bukan dianggap isu terpencil, malah menjadi fokus utama di seluruh dunia termasuk Malaysia bagi memastikan persekitaran kehidupan setiap insan dilalui dengan lebih ceria dan sempurna. Yang nyata tekanan berlaku apabila reaksi tubuh, pemikiran, emosi dan tingkah laku berlaku disebabkan perubahan persekitaran membuatkan individu bertindak mengikut naluri.
Kegagalan mengawal aspek ini akhirnya menentukan ke mana hala tekanan itu dilepaskan. Lumrah kehidupan tidak dapat lari daripada tekanan, berpunca melalui pelbagai faktor dan lebih parah ia memberi kesan kepada kesihatan mental.
Buruk akibatnya jika seseorang gagal mengawal tekanan, emosi dan perasaan sama ada ketika berdepan dalam situasi atau persekitaran tertentu seperti di rumah, jalan raya, tempat kerja serta lokasi tumpuan awam.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan menunjukkan menjelang 2020, penyakit mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar melanda masyarakat di negara ini selepas penyakit jantung. Setiap tiga daripada daripada 10 orang di negara ini yang berusia 16 tahun dan ke atas cenderung mendapat penyakit mental.
Secara umum penyakit mental ini menyebabkan Major Depressive Disorder (MDD) atau kemurungan, keresahan, gangguan bipolar dan skizofrenia. Lihat sahaja kes berlaku baru-baru ini, akibat perselisihan faham antara dua lelaki selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 239 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur Bandar Baru Bangi, berakhir tragedi apabila seorang daripadanya maut.
Ini kes tragis yang patut atau boleh dielakkan. Provokasi sebegini amat buruk kerana ia mengasak emosi dan amarah yang meluap-luap seseorang, jika masing-masing tidak mahu mengalah, saling menuduh dan hilang rasa hormat.
Keadaan itu juga berlaku dalam apa sahaja situasi, jalan raya lazimnya menjadi litar pemandu melepaskan perasaan, selain kesesakan lalu lintas menyebabkan ramai hilang sabar dan mementingkan diri sendiri.
Begitu juga di tempat kerja akibat tidak berpuas hati, rasa diri betul dan hebat, sesetengah ketua dan pekerja dalam organisasi juga kerap tegang hubungan jika tiada jalan penyelesaian dibuat sehingga mengundang tekanan dan kemurungan dalam industri pekerjaan.
Ini ditambah pula jika individu mempunyai masalah peribadi dan gangguan personaliti cepat hilang pertimbangan hingga ‘meroyan’ dan ‘membawang’ dalam kalangan rakan sekeliling.
Dalam hal ini, majikan atau pekerja perlu menyelesaikan masalah mengelak emosi membara dikhuatiri sifat parasit dan fikiran negatif menguasai diri hingga tertekan, hilang rasa hormat, murung, cepat marah, menjejaskan kualiti dan produktiviti kerja.
Mengikut laporan Kementerian Kesihatan, dianggarkan tiga daripada 10 pekerja di tempat kerja akan mengalami masalah mental. Oleh itu, bagi majikan menjadi tanggungjawab menyediakan suasana kerja yang kondusif, menjaga keharmonian, kebajikan dalam segenap aspek termasuk keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi mengelak tekanan di tempat kerja.
Isu tekanan itu tidak terhenti di situ kerana ia boleh bermula dari rumah disebabkan bebanan tugas mengurus keluarga, faktor kewangan, kurangan sokongan, hubungan antara isteri, suami dan anak yang menyebabkan institusi kekeluargaan kucar-kacir memberi implikasi berterusan sehingga ke tempat kerja.
Paling membimbangkan isu tekanan dan emosi tidak dapat dibendung ini menular dalam setiap peringkat usia, latar belakang status dan pendidikan. Bukan sahaja orang dewasa, malah kanak-kanak, remaja dan belia dalam pelbagai kategori tidak dapat lari daripada isu sama yang dihadapi cara berbeza.
Sebelum membarah, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing menjaga tahap tekanan mereka. Banyak cara untuk mengatasi masalah itu, selain berkongsi cerita dengan insan yang positif, berjumpa kaunselor, terapi, pakar psikiatri.

Cara paling mudah adalah mengamalkan gaya hidup sihat, prihatin, saling berkomunikasi, bersosial dan ceria sebagai terapi diri bagi mengelak sebarang kekusutan- BH
Ketahui kajian mengenai penyakit Depresi @ Kemurungan ?
Reviewed by Paparazzi
on
October 15, 2019
Rating: