Kantoi seludup dadah guna tin coklat

OMAR (tengah) menunjukkan rampasan dadah yang diseludup menggunakan kaedah penghantaran bungkusan semasa sidang media di IPK hari ini.



KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang menyeludup masuk dadah jenis syabu ke negeri ini dengan membungkus menggunakan tin coklat bukan sahaja memakan diri malah bakal berhadapan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, operasi itu berjaya dikesan kira-kira jam 12 tengahari ketika suspek berumur 21 tahun itu membawa lima bungkusan dari sebuah syarikat penghantaran barangan.

Ketika pemeriksaan dijalankan, bungkusan itu memuatkan 10 bekas tin coklat yang mengandungi paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih dipercayai dadah jenis syabu seberat 5,066.83 gram.

Kesemua dadah bernilai RM250 ribu itu diperolehi daripada lelaki tempatan di semenanjung dan cuba diseludup masuk ke negeri ini melalui syarikat penghantaran di Penampang.

Menurutnya suspek warga tempatan yang turut berasal dari semenanjung dan bekerja sabagai penghantar makanan itu didapati turut terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Sehubungan itu, suspek kini ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari sehingga penghujung Oktober dan siasatan terperinci sedang giat dijalankan bagi mengenalpasti pembekal utama.
Kantoi seludup dadah guna tin coklat Kantoi seludup dadah guna tin coklat Reviewed by Paparazzi on October 24, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.