Cuai hingga lahir bayi tak berwajah


Gambar hiasan


LISBON: Portugal menggantung tugas seorang doktor sakit puan yang disyaki cuai selepas seorang bayi dilahirkan tanpa muka, dalam kes yang mengejutkan negara itu.

Bayi dikenali sebagai Rodrigo, lahir pada 7 Oktober lalu tanpa hidung, mata atau sebahagian tengkorak tetapi kecacatannya hanya diketahui semasa kelahirannya di sebuah hospital di Setubal, kira-kira 40 kilometer ke selatan Lisbon.

Majlis Perubatan Portugal sebulat suara bersetuju untuk menggantung Dr Artur Carvalho daripada bertugas selama enam bulan.

Pakar obstetrik itu turut mempunyai enam aduan lain terhadapnya sejak 2013.

Siasatan dibuka selepas ibu bapa bayi itu membuat aduan dan kelahirannya menjadi tajuk utama media.

“Wujud bukti kukuh terhadap kecuaian doktor yang membawa kepada penggantungan tugas,” kata ketua majlis perubatan bagi wilayah selatan, Alexandre Valentim Lourenco kepada stesen penyiar RTP.


Caravalho mengikuti perkembangan kehamilan ibu Rodrigo di klinik swasta di Setubal malah turut melakukan tiga ujian wajib ultra bunyi tetapi tidak melaporkan sebarang isu.

Ibu bapa Rodrigo dimaklumkan, kemungkinan bayi mereka cacat selepas meminta ujian ultrasound dibuat ketika hamil enam bulan tetapi dijamin doktor segalanya lancar.

“Dia menjelaskan sebahagian muka bayi tidak kelihatan dalam ujian ultra bunyi kerana terlekat pada perut ibu,” kata ibu saudara Rodrigo, Joana Simao kepada TVI 24.

Bayi terbabit masih ditempatkan dalam wad kanak-kanak di hospital dia dilahirkan.-AFP
Cuai hingga lahir bayi tak berwajah Cuai hingga lahir bayi tak berwajah Reviewed by Paparazzi on October 23, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.