Dua individu leka judi dan Wah Hui dicekup


Gambar hiasan


TAWAU: Ketika sedang leka menjalankan judi loteri tanpa lesen dan Wah Hui di sebuah premis makan dekat sini, dua individu ditahan oleh pasukan polis, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata kedua-dua individu tempatan termasuk seorang wanita yang masing-masing berusia 21 dan 22 itu ditahan pada pukul 2.30 petang.

Semasa serbuan, polis juga merampas peralatan judi termasuk telefon bimbit, sekeping kertas mengandungi pantun bahasa melayu, resit pembelian loteri dan wang tunai.

Kedua-dua suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Selain itu, Peter berkata, Januari hingga Oktober tahun ini, sebanyak 76 lokasi judi haram sekitar Tawau telah diserbu dan seramai 105 daripada 185 individu yang diperiksa telah ditahan kerana terlibat dalam kes judi.
Dua individu leka judi dan Wah Hui dicekup Dua individu leka judi dan Wah Hui dicekup Reviewed by Paparazzi on October 23, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.