Aktiviti pil seludup tumpas



Suspek wanita yang berjaya ditahan oleh PPM

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan sebuah bot pam yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeludup masuk 19,464 biji pil ubat pelbagai jenis bagi tujuan pasaran, di sini semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata bot dinaiki juragan dan seorang wanita itu dipintas di perairan laut Singgamata selepas berlakunya kejar mengejar pukul 10.30 malam.

Bagaimanapun juragan berkenaan bertindak cepat dengan terjun ke laut manakala wanita tempatan berusia 56 tahun pula berjaya ditahan.

Berdasarkan pemeriksaan lanjut, PPM turut menemukan 9,000 botol kaca berkapasiti 10 mililiter (ml) berisi cecair ubat.

Barangan yang berjaya dirampas

Untuk itu, suspek wanita berkenaan ditahan bagi siasatan di bawah Akta Farmasi 1951, manakala semua barangan bernilai RM118,170 , termasuk dua enjin bot pam dan sebuah telefon bimbit dirampas untuk tindakan susulan.



Aktiviti pil seludup tumpas Aktiviti pil seludup tumpas Reviewed by Paparazzi on October 23, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.