17 barang tersenarai di bawah skim harga maksimum sempena Deepavali


Gambar hiasan

KOTA KINABALU: Sebanyak 17 barangan keperluan harian disenaraikan di bawah Skim Harga Maksimum yang dilaksanakan selama 14 hari bermula 20 Oktober sehingga 2 Nov depan, sempena sambutan perayaan Deepavali tahun ini.

Antara barangan berkenaan termasuklah ayam hidup, tomato, kelapa biji, kelapa parut, cili merah, bawang besar import, ubi kentang import (China), kacang dal (Australia) dan daging kambing serta bebiri import bertulang.

Tujuan skim ini dilancarkan adalah bagi memastikan semua pengguna mampu membeli barangan keperluan dapur pada harga lebih murah khususnya ketika musim perayaan.

Bagaimanapun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah akan mengambil tindakan tegas terhadap mana- mana peniaga yang didapati melakukan penipuan atau menjual barang kawalan dengan harga lebih mahal.

17 barang tersenarai di bawah skim harga maksimum sempena Deepavali 17 barang tersenarai di bawah skim harga maksimum sempena Deepavali Reviewed by Paparazzi on October 23, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.