Malang tak berbau: lemas di kolam pancing


Pasukan bomba membawa naik mangsa


RANAU: Seorang pekerja kolam meninggal dunia selepas terjatuh di dalam kolam memancing yang sedang dalam pembinaan di Kampung Keligan Kinaratuan Ranau.

Mangsa bernama Yohanes Wangka @ Junaidi Abdullan berumur 34 tahun itu dikatakan lemas semasa melimpasi mesin pengorek yang sedang melakukan kerja mendalamkan dasar kolam.

Sebaik usaha mencari dilakukan pasukan bomba, mangsa berjaya ditemukan lima kaki dari tebing kolam dan disahkan meninggal dunia.

Mangsa meninggalkan seorang balu dan anak berumur tiga tahun.
Malang tak berbau: lemas di kolam pancing Malang tak berbau: lemas di kolam pancing Reviewed by Paparazzi on October 15, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.