Dua Kepala dijumpai di atas siling, pergelangan tangan masih hilang


Kejam sungguh

Bahagian kepala ibu dan anak yang dibunuh dengan kejam oleh suaminya sebelum di kerat sekurang-kurangnya lapan bahagian berjaya dijumpai di bahagian atas siling rumah yang dihuni mereka.

Kedua-dua kepala itu dijumpai di atas rumah dua tingkat di Batu Berendam Melaka minggu lalu.

Polis bagaimanapun berkata pada masa ini usaha mencari bahagian pergelangan tangan masih dijalankan kerana bahagian itu dipercayai dibuang ke dalam tong sampah.

Katanya kejadian ini sudah lama dan kemungkinan besar sudah diangkut oleh petugas pembersih.

Bahagian tangan itu perlu dicari untuk melengkapkan bahagian badan lain.

Pada minggu lalu satu kejadian ngeri berlaku apabila suspek bertindak membunuh isterinya akibat pertengkaran sebelum membunuh anaknya yang melihat kejadian semasa hari jadi ibunya.

Suspek kemudian mengerat kedua-dua badan isteri dan anaknya kepada lapan bahagian sebelum membuang di kawasan semak Kampung Ladang Krubong.

Bahagian badan yang dibuang itu kemudiannya dijumpai oleh pemotong rumput dan melaporkan kepada polis.

Suspek yang mengaku dengan perbuatan itu sudah ditahan reman untuk siasatan selanjutnya.- gambar ihsan google

Dua Kepala dijumpai di atas siling, pergelangan tangan masih hilang Dua Kepala dijumpai di atas siling, pergelangan tangan masih hilang Reviewed by Magicbullet on October 14, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.