Khasiat kaki ayam yang ramai tak tahu
Selamat petang pembaca BeritaBayu.Com,
Tadi admin ada nampak post dari rakan yang bertanyakan wujudkah lagi perempuan yang makan kaki ayam sekarang.
Aduii dia ni bergurau ke? Hidangan masakan kaki ayam ni tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia, tambahan pula hidangan ni boleh dimasak pelbagai jenis cara.
Tetapi ada jugak sebahagiannya tidak pandai makan hidangan ni, sebabnya ragu-ragu dengan tahap kebersihannya.. tetapi bagi admin rugi lah mereka yang tak pandai makan kaki ayam ni.
Jum kita tengok apa khasiat hidangan kaki ayam ni..
1.Membuang Sel Kulit Mati
-Kajian yang dijalankan oleh Fakulti Sains Haiwan di Universiti Chung Hsing di Taiwan mendapati bahawa kaki ayam memiliki kandungan kolagen yang tinggi. Kolegan mampu memberi kelembapan pada kulit dan juga dapat menggantikan sel-sel mati dengan cepat. Ini menjadikan kulit kelihatan segar dan anjal.
Kolagen pada kaki ayam ini juga membantu metabolisma badan membakar lemak dengan lebih pantas. Ia sangat sesuai jika anda inginkan badan yang cantik dan kelihatan awet muda.
2.Mengurangkan risiko tulang rapuh
-Penyakit sakit sendi dan tulang rapuh biasanya banyak terjadi pada orang lanjut usia. Penyebabnya adalah tubuh tidak boleh mendapatkan kalsium dan tulang sudah tidak boleh menyerap kalsium dengan baik.
Tapi dengan pengambilan kaki ayam sejak usua muda akan memberikan kesan yang berbeza. Bahagian kaki ayam memang hanya terdiri dari kulit, tendon dan tulang. Kandungan kaki ayam yang kaya dengan protein, kalsium, tulang rawan dan kolagen boleh mudah diserap oleh tubuh. Nutrisi ini sangat penting untuk mengukuhkan struktur tulang dan boleh mencegah kerapuhan tulang apabila sudah lanjut usia.
3. Menyembuhkan Kecederaan
-Nutrisi yang dijumpai dalam kaki ayam adalah seperti protein dan kalsium. Kedua-dua nutrisi ini sangat penting untuk membantu menjana semula saraf, otot dan tulang manusia.
Kajian yang sudah dilakukan oleh seorang penyelidik di Amerika mendedahkan bahawa potensi nutrisi tersebut boleh membantu menyembuhkan kecederaan. Walaupun keadaan kecederaan tulang belakang dipercayai boleh cepat sembuh dengan memakai makanan yang mengandungi kaki ayam.
4. Menyihatkan Saluran Pencernaan
-Kaki ayam boleh dibuat menjadi kuah atau sup yang menyegarkan. Bahagian kaki ayam yang banyak mengandungi jaringan ikat dan tulang rawan yang sangat lazat. Bahkan semua nutrisi seperti protein, kolagen, kondroitin dan Glucosamine juga akan larut apabila dimasak menjadi sup.
Khasiat dari pelbagai nutrisi ini juga sangat baik untuk membuat pencernaan menjadi lebih sihat. Kesan dari nutrisi ini juga sangat penting untuk membuat usus menjadi lebih lembut sehingga membuat saluran pencernaan anda menjadi lebih sihat.
5. Menjaga Kesihatan Kuku
-Kaki ayam yang sudah dimasak akan mengeluarkan beberapa nutrisi yang sangat penting untuk tubuh. Pati atau beberapa jenis masakan lain dari kaki ayam boleh menghasilkan asid amino, kolagen, glisin, hidroksipolin, dan prolin yang boleh membantu menjaga kesihatan kuku. Kaki ayam yang dimasak biasanya akan mengeluarkan cecair atau gel khas yang banyak mengandungi gelatin. Nutrisi ini membantu tubuh dalam mengolah kalsium dan diserap oleh kuku.
6. Menyihatkan Gusi
-Gusi adalah rangkaian kuat yang digunakan untuk menyokong gigi. Kaki ayam adalah makanan yang banyak mengandung nutrisi dalam jumlah yang sangat banyak. Ada jaringan ikat dan tulang rawan yang boleh berubah menjadi gel kerana mengandungi kolagen, asid amino, dan beberapa zat pembentuk gelatin. Kerana itulah semua zat ini akan memperbaiki keadaan kesihatan gusi.
7. Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh
-Kaki ayam memang terkenal dengan semua nutrisinya yang sangat penting seperti kolagen atau zat pembentuk gelatin. Selain itu ternyata kaki ayam juga mengandungi pelbagai jenis mineral seperti zink, tembaga, magnesium, kalsium dan fosforus. Semua mineral ini diperlukan oleh organ tubuh untuk membina kesihatan dan mengatasi pelbagai jenis penyakit. Dengan pengambilan kaki ayam maka juga boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
8. Membentuk Probiotik Semulajadi
-Kaki ayam yang banyak mengandungi kolagen dan pelbagai jenis mineral lain ternyata juga boleh membentuk probiotik semula jadi. Agen gelatin yang banyak didapati pada cecair dari rebusan kaki ayam sangat baik dalam membentuk probiotik semula jadi. Probiotik akan membuat tubuh mampu membentuk imuniti semula jadi, menyihatkan usus dan mengatasi masalah saluran pencernaan.
9. Menyeimbangkan Hormon Tubuh
-Kaki ayam juga menghasilkan beberapa jenis asid amino yang sangat baik untuk tubuh. Salah satu jenis asid amino yang dilepaskan dari kaki adalah arginin. Ini adalah jenis asid amino yang bermanfaat untuk tubuh. Salah satunya adalah membantu tubuh dalam melepaskan hormon yang menyebabkan perasaan tertekan dan stress. Bahkan arginina juga penting untuk menghasilkan hormon pembiakan baik untuk lelaki dan wanita.
10. Mencegah Kerosakan Rangkaian Tubuh
-Manfaat kaki ayam yang terakhir adalah untuk menjaga kerosakan jaringan tubuh. Mempunyai rangkaian tubuh yang kuat memang sangat penting untuk kesihatan.
Rangkaian ikat diperlukan untuk otot, tulang dan pelbagai jenis organ badan seperti hati, hempedu dan organ lain. Kaki ayam yang sudah dimasak akan mengeluarkan asid amino kumpulan glisin. Glisin mempunyai fungsi penting untuk mengukuhkan jaringan ikat tubuh, menjaga kesihatan organ tubuh, membantu tubuh dalam mengeluarkan racun-racun tubuh dan juga meningkatkan kualiti saraf sehingga dapat meningkatkan rasa selesa semasa tidur.
Banyak kan manfaat kaki ayam ni, so admin juga sediakan beberapa aneka masakan kaki ayam ni,
•kaki ayam ala dimsum
Ehh dah laa tu, admin dah terliur ni.. jom ke pasar beli kaki ayam.. 🏃🏼♀️-pelbagai sumber
Khasiat kaki ayam yang ramai tak tahu
Reviewed by Magicbullet
on
October 14, 2019
Rating: