METMalaysia keluar notis ribut petir di Sabah


Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi mengeluarkan notis amaran ribut petir yang dijangka melanda  melibatkan semua negeri di Malaysia termasuk di Sabah.

12 negeri lain turut terlibat iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, dan Labuan.

Kawasan yang terlibat merangkumi semua daerah sehingga jam 8 malam ini iaitu daerah (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor), Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai (Kelantan), Dungun dan Kemaman (Terengganu), Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin (Pahang) termasuk WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.

Bagi luar Semenanjung pula ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat) dan Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga) (Sarawak), pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan), Kudat (Sabah) dan Labuan.

Justeru, Orang ramai yang ingin melakukan aktiviti luar atau beriadah pada petang ini dinasihatkan supaya lebih berhati-hati.









METMalaysia keluar notis ribut petir di Sabah METMalaysia keluar notis ribut petir di Sabah Reviewed by Paparazzi on October 20, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.