Serikandi Bersatu perlu turun padang : Azizah



GEMBIRA..anak kecil teruja menerima kunjungan Azizah di kediaman mereka. 

KOTA KINABALU: Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah diminta untuk mengambil pendekatan mesra rakyat dan ‘turun padang’ bagi mendekati rakyat dan mengetahui permasalahan rakyat.

Ketua Srikandi BERSATU Sabah Datuk Azizah Mohd Dun berkata pendekatan ‘turun padang’ tidak hanya untuk mengetahui, memahami serta menyelesaikan masalah dihadapi penduduk akar umbi, malah dijadikan platform mendaftar ahli baharu.

“Setiap kali ada program Srikandi peringkat bahagian dan cawangan akan turun padang bukan hanya untuk mendaftar ahli baharu tetapi mendekati rakyat khususnya di luar bandar.

“Ini adalah rutin kita di Srikandi kerana berasakan apabila ada program atau majlis, itulah masa terbaik untuk memberi perkhidmatan kepada akar umbi secara turun padang dan cara ini ternyata berkesan,” ujarnya.

Beliau bertkata demikian selepas Program Sentuhan Kasih di Kampung Selagon Bukit, Beaufort pada Sabtu.

Azizah turut meluangkan masa dengan melawat seorang balu, Mashusah Matsin, 41, yang menjual kuih muih.

Mashusah turut membesarkan empat orang anak yang mana dua daripadanya masih bersekolah di peringkat menengah.

“Kita hanya akan mengetahui kepayahan rakyat apabila kita mendekati rakyat dan fungsi utama kita menjadi pemimpin adalah untuk berkhidmat dan bersuara untuk rakyat,” katanya.

Azizah yang juga merupakan Ahli Parlimen Beaufort memberitahu bahawa matlamat parti BERSATU dan semua Srikandi adalah untuk berkhidmat kepada rakyat.

Tegasnya melalui program turun padang lebih kerap turun padang dapat menangani masalah rakyat di kawasan masing-masing.

“Amalan sedemikian memberi kesan positif sekali gus menaikkan imej kerajaan dan pemimpin di kalangan rakyat. Masalah rakyat seperti kemiskinan atau pembangunan setempat dapat diatasi sekiranya pendekatan sedemikian digunakan.

“Lebih cepat kita dapat mengatasi masalah rakyat maka lebih mudah kerajaan dapat melaksanakan pembangunan secara efisien. Gunakanlah pendekatan yang disukai rakyat, supaya mereka sentiasa menyokong kita dan sekaligus akan menjadikan BERSATU sentiasa di hati mereka,” katanya.

Oleh: NZS



Serikandi Bersatu perlu turun padang : Azizah Serikandi Bersatu perlu turun padang : Azizah Reviewed by Paparazzi on October 20, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.