Hala tuju PTPTN berhadapan kritikal pada masa hadapan

BERGAMBAR KENANGAN: Wan Saiful (duduk, tengah) dan Faisyal (duduk, empat dari kanan) bersama ahli-ahli BERSATU yang hadir dalam majlis.


KOTA KINABALU: Hala tuju Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN)
pada masa hadapan dilihat agak kritikal dan memerlukan kerjasama daripada peminjam-peminjam untuk melangsaikan pembayaran pinjaman mereka.

Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata, sejak beliau diberikan tanggungjawab mengepalai perbadanan itu, permasalahan utama yang timbul adalah berkaitan tunggakan pinjaman.

“Hala tuju PTPTPN di tangan saya bermula dari saat saya menerima tanggungjawab sebagai pengerusi PTPTN dan saya melihat, permasalahan utama yang sering timbul dalam PTPTN adalah tunggakan pinjaman.

“Kita di pihak PTPTN faham akan keadaan semasa negara kita setelah bertukar kerajaan dan begitu banyak hutang negara yang dipikul untuk diselesaikan, malahan saya amat-amat komited untuk memastikan semua permasalahan berkaitan PTPTN diselesaikan secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir dalam Majlis Penerangan bersama Pengerusi PTPTN Malaysia anjuran Biro Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah disini pada Ahad malam.

Menurut Wan Saiful, peminjam PTPTN mempunyai alternatif untuk membuat penjadualan semula atau pengstrukturan semula jadual pembayaran mengikut kemampuan dan pihak PTPTN sentiasa membuka ruang untuk aduan atau permasalahan peminjam-peminjam PTPTN.

“Kita boleh buat pengstrukturan semula, yang mana tempoh masa dan jumlah pembayaran boleh kita susun mengikut kemampuan peminjam itu sendiri dan ini diadakan bagi memberi keringanan kepada peminjam.

“Kita sedia maklum, ada graduan yang masih belum mempunyai pekerjaan selepas beberapa tempoh, namun, melalui pengstrukturan semula, kita boleh memastikan pembayaran PTPTN mampu diselesaikan secara berhemah dan tidak membebankan peminjam,” katanya.

Wan Saiful turut memberitahu bahawa ibu bapa perlu mula memupuk amalan menabung dalam kalangan anak-anak khasnya bagi kegunaan tabung pendidikan di peringkat pengajian tinggi kelak.

“Kita menabung dari sekarang dan tabungan ini pastinya mampu membantu mengurangkan masalah bebanan yang bakal dirasai oleh ibu-bapa yang akan menghantar anak-anak mereka bagi melanjutkan pengajian ke peringkat universiti atau kolej.

“Melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), tabungan yang dibuat boleh dikeluarkan kelas bagi tujuan pendidikan saya secara peribadi sedang berusaha untuk memastikan insentif para penabung SSPN ditingkatkan dari semasa ke semasa,” katanya lagi.

Hadir sama memeriahkan majlis tersebut adalah rombongan BERSATU daripada bahagian Kota Kinabalu, Putatan, Tuaran, Penampang dan Sepanggar.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua BERSATU Bahagian Kota Kinabalu Datuk Faisyal Yusuf Hamdian Deigo.

Hala tuju PTPTN berhadapan kritikal pada masa hadapan Hala tuju PTPTN berhadapan kritikal pada masa hadapan Reviewed by Paparazzi on October 21, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.