Tokan dadah dicekup!

 Sebahagian suspek yang ditahan ketika  Ops Sarang dilaksanakan, di sini.


TUARAN: Seorang lelaki yang terlibat dalam pengedaran dadah diberkas dalam satu serbuan sepanjang Ops Sarang yang dijalankan selama dua minggu bermuka 7 Oktober lepas, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata operasi berkenaan melibatkan kawasan yang berisiko tinggi menjalankan kegiatan penyalahgunaan dadah.

Antara lokasi serbuan termasuklah Telipok Ria, Rugading, Pekan Tuaran, serta Mengkabong.

Pihak polis juga menahan empat individu yang memiliki dadah, manakala 14 lagi terlibat dalam penagihan dadah setelah pemeriksaan ujian urin adalah positif.

Selain itu, Hamizi memaklumkan bahawa sepanjang tempoh itu,  pihaknya berjaya merampas 10.72 gram syabu bernilai RM1,608 mengikut harga pasaran tempatan.

Menurutnya, kesemua suspek berumur 17 hingga 40 tahun itu termasuk seorang warga asing yang ditahan untuk tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tokan dadah dicekup! Tokan dadah dicekup! Reviewed by Paparazzi on October 21, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.