Padah guna bom ikan


                                 Dua lelaki yang ditahan oleh PPM di 
                                    perairan Semporna-gambarPPM


SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua lelaki yang disyaki menjalankan kegiatan mengebom ikan di perairan Semporna, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata kedua-dua suspek berusia dalam lingkungan 40an itu ditahan menerusi Operasi Gelora yang dijalankan di kawasan terbabit kira-kira pukul 8 malam.

Katanya, pemantauan yang dijalankan Unit Risikan Marin (URM) selama beberapa hari itu berjaya mengesan pam bot dinaiki suspek yang sedang menjalankan aktiviti mengebom ikan.

“Ketika ditahan dan diperiksa di dalam ruangan perahu, kita menemukan ikan pelbagai jenis kira-kira 40 kilogram (kg) yang disyaki mati akibat daripada bahan letupan iaitu bom ikan.

“Tiada bahan letupan atau peralatan ditemukan dan berkemungkinan sudah dibuang ketika pihak PPM menghampiri pam bot suspek... hasil ikan banyak namun pukat dan pancing tidak ditemui.

“Berpandukan maklumat mereka memang menjalankan kegiatan bom ikan hasil intipan dijalankan PPM selama empat hari,” katanya.

Tangkapan dan barangan rampasan bernilai lebih RM5,000 dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 26 (1)(c) Akta Perikanan 1985.
Padah guna bom ikan Padah guna bom ikan Reviewed by Paparazzi on October 08, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.