Penetapan 14 Nov bagi pra perbicaraan kes liwat remaja 15 tahun
Gambar hiasan |
KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini, menetapkan 14 November bagi pra-perbicaraan kes melibatkan Pembantu Pejabat Am berusia 42 tahun yang didakwa meliwat seorang remaja lelaki berusia 15 tahun.
Hakim Elsie Primus turut menetapkan 26 hingga 27 Mac depan sebagai tarikh perbicaraan buat Ernest Vaxtor Harrison selepas dia mempertahankan diri dengan mengaku tidak bersalah ketika sebutan kes itu, semalam.
Ernest didakwa meliwat mangsa tanpa persetujuannya di asrama lelaki dekat Kudat pada 21 April, sekitar jam 9 malam hingga 7 pagi.
Untuk itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Sekiranya didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun dengan hukuman sebat.
Kes pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip, manakala tertuduh diwakili Peguam Ray Helman.
Penetapan 14 Nov bagi pra perbicaraan kes liwat remaja 15 tahun
Reviewed by Paparazzi
on
October 10, 2019
Rating: