Ewon sumbang RM10,000 untuk Kinabalu Press Award


Ewon (tiga dari kanan) menerima surat jemputan SJA yang disampaikan oleh Muguntan (tiga kiri). Turut kelihatan Ahli Jawatankuasa SJA yang turut sama hadir semasa kunjungan itu.



KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan touchpoints menteri sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Wartawan Sabah (SJA) sebagai sokongan kepada Majlis Kinabalu Press Awards (KPA) 2019, ‪pada 25 November‬ ini.

Beliau berkata, sumbangan itu adalah tanda penghargaan dan sokongan beliau atas kerjasama dan peranan pihak media membantu melaporkan berita-berita berkaitan KPLB selama ini.

“Saya merakamkan penghargaan terima kasih kepada rakan-rakan media Sabah atas kerjasama dan peranan membantu hebahan media selama ini.

“Saya juga bersetuju menerima jemputan SJA untuk turut sama hadir ke Majlis Kinabalu Press Awards 2019. Sebagai tanda penghargaan dan sokongan, saya menyampaikan sumbangan touchpoints menteri sebanyak RM10,000 kepada SJA untuk penganjuran malam anugerah tersebut, sepertimana sokongan yang turut sama diberikan oleh Ahli Jemaah Menteri Sabah yang lain,” katanya.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian menyampaikan sumbangan itu kepada Presiden SJA Datuk Muguntan Vanar semasa kunjungan hormat SJA, di pejabatnya, di sini, pada Rabu.

Kunjungan itu bertujuan menyampaikan jemputan SJA ke majlis KPA 2019. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dijangka merasmikan majlis berkenaan yang juga pengiktirafan untuk pengamal media di negeri ini.



1.

Ewon sumbang RM10,000 untuk Kinabalu Press Award Ewon sumbang RM10,000 untuk Kinabalu Press Award Reviewed by Paparazzi on October 10, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.