MBRKK disaran anjur pertandingan debat antara institusi


Tun Ahmad Sarji (empat, kanan) bergambar dengan AJK MBRKK dan jemaah.


Pengurusan Tertinggi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBRKK) disaran menganjurkan pertandingan debat dalam kalangan institusi agama Islam di negeri ini. 

Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pertandingan hendaklah menitik beratkan tiga prasyarat yang tidak boleh disentuh sama sekali dalam perdebatan berkenaan.

Antaranya ialah mengelak memburukkan anutan agama lain, tidak menyentuh elemen membandingkan kepelbagaian suku kaum dan menghindari membicarakan soal sensiviti budaya etnik yang terdapat di negara ini. 

Beliau menyatakan hal itu ketika diberikan taklimat tentang MBRKK oleh Pengerusi MBRKK, Datuk Haji Ab Jamal Tun Haji Sakaran di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di Likas.

Menurut Tun Ahmad Sarji langkah mengadakan perdebatan itu dilihat kaedah berkesan dalam mencungkil peserta yang berbakat, petah berbahas dan individu yang berilmu. Dalam hal berkaitan beliau menyaran pihak MBRKK untuk mengemukakan kertas cadangan kepada pihak IKIM untuk pertimbangan lanjut.

Beliau juga mengesyorkan agar struktur setiap binaan masjid tidak perlu diubah untuk memelihara keasliannya. 

Sementara itu, dalam taklimatnya Datuk Haji Jamal menerangkan pengalaman sejak dalam tempoh dua puluh tahun MBRKK diurus tadbir dengan menyediakan pelbagai program aktiviti pengimarahan termasuk lima buah sekolah, bazaar perniagaan, program kebajikan membela fakir miskin dan kurang kemampuan, program Care Of Terminally ill (COTI) dan Paliatif menyantuni pesakit kronik di wad hospital.

Katanya, Ia termasuklah lawatan dari rumah ke rumah, program belia dan pelbagai program lagi dengan mencontohi Sunnah Nabi Muhammad SAW dalam membangun masjid selain tempat solat.


Datuk Haji Jamal juga menyentuh mengenai program khas Akademi QurAnis dan Akademi Intervensi menitik beratkan aspek kehadiran dan keberadaan anak-anak Istimewa Autism, cacat penglihatan, pekak dan golongan kelainan upaya (OKU) dalam pengurusan masjid.
MBRKK disaran anjur pertandingan debat antara institusi MBRKK disaran anjur pertandingan debat antara institusi Reviewed by Paparazzi on November 26, 2019 Rating: 5
Powered by Blogger.